View: 3245|Reply: 2
|
[Tempatan]
Bukit Aman rancang pindahkan pegawai kanan polis?
[Copy link]
|
|
Bukit Aman rancang pindahkan pegawai kanan polis?
https://m.malaysiakini.com/news/714486
Nantha Kumar & Hariz Mohd & Shahrin Aizat Noorshahrizam
Diterbitkan: Aug 6, 2024 9:30 AM
Dikemaskini: 9:30 AM
Ibu pejabat polis Bukit Aman didakwa merancang rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya, dengan beberapa pegawai kanan dijangka dipindahkan keluar daripada agensi itu.
Menurut sumber, rombakan itu didakwa turut melibatkan Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay.
“Apa yang kita dengar, Datuk Ayob mungkin akan dihantar mengetuai agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Beliau akan mengetuai sama ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA)," kata sumber polis kepada Malaysiakini.
Ayob enggan memberi komen apabila ditanya mengenai dakwaan tersebut, namun seorang pegawai kanan kementerian mengesahkan terdapat rancangan rombakan tersebut tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut.
Bagaimanapun, sumber yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan mendakwa ia adalah perancangan dalaman Bukit Aman.
"KDN tidak terlibat dalam hal ini. Ia berkaitan dengan dinamika dalam PDRM," dakwa sumber tersebut.
Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Negara, Razarudin Husain untuk mendapatkan komen.
Seorang lagi pegawai kanan polis yang didakwa akan dipindahkan keluar dari Bukit Aman ialah Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang kini merupakan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
Pesuruhjaya polis berpangkat tiga bintang itu, menurut sumber, mungkin dihantar ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai ketua pengarahnya yang baru.
Malaysiakini juga telah menghubungi pejabat Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Shuhaily untuk mendapatkan komen.
Untuk rekod, jawatan nombor satu dalam APMM dan Nada kosong sejak April lalu.
Ketua Pengarah APMM Hamid Mohd Amin bersara wajib pada 18 April manakala ketua pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berpindah ke Kementerian Sumber Manusia untuk dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua setiausaha (operasi) kementerian itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harap PMX campur tangan hal ehwal PDRM ni...memang memerlukan rombakan secara total dan overhaul besar-besaran... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 acik2 polis kt sini bole bagitau tak kenapa ayob khan tu mcm tak disukai oleh pdrm sendiri?? shuhaily tu paham la jugak.. masa kt penang pun dah mcm2 citer |
|
|
|
|
|
|
| |
|