CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6237|Reply: 2

Ustaz Bola Beri Penjelasan Hukum Isu Bekas Isteri Dipaksa Mandi & Tidur Bersama Madu – ‘Haram Meskipun Dapat Reda Isteri’

[Copy link]
Post time 7-8-2024 10:46 PM | Show all posts |Read mode






Penyampai radio Ustaz Tajdid Hadhari atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola memberi penjelasan tentang hukum berhubung isu yang tular mengenai pendedahan bekas isteri mendakwa dipaksa tidur dan mandi dengan madu oleh bekas suaminya.


Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Bola berkata, perbuatan tersebut hukumnya adalah haram.


"Bila sebut tentang tidur bersama, bahkan dalam ‘bersama’ tersebut sebenarnya ia tidak boleh dan hukumnya haram. Dalam hadis Riwayat At Tabrani, bagaimana perbuatan tersebut dinamakan mushaqah ataupun sihaq."


"Nabi SAW bersabda, perbuatan sihaq ataupun melihat aurat sesama sendiri antara dua orang wanita itu, hukumnya adalah zina. Bahkan dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda, janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain.


"Dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain. Inikan pula mereka melakukan persetubuhan. Jadi kena jaga, tak boleh hukumnya haram."


Dalam pada itu, Ustaz Bola berkongsi pendapat daripada Ulama Ibnu Qudamah yang turut menegaskan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun mendapat reda salah seorang isteri.


"Dalam pendapat ulama Ibnu Qudamah, beliau ada menyatakan sekalipun kedua isteri itu reda, suami itu tidur bersama kedua mereka dalam satu selimut dan reda seorang daripada mereka berjimak, sedangkan satu lagi melihatnya itu tidak dibenarkan."


"Ini kerana hal demikian merupakan lambang rendah akhlak, kehinaan dan menjatuhkan maruah. Maka tidak boleh sekalipun reda keduanya. Namun jika dalam rumah yang sama, tapi bilik berbeza makan dibolehkan dengan syarat saiz bilik itu sama."


Tegasnya, pasangan suami isteri perlu menjaga adab dan jangan terikut-ikut dengan budaya bebas.


"Itu yang dinyatakan oleh Ibnu Qudamah. Jadi, janganlah kita terikut-ikut dengan budaya yang bukan budaya kita, bahkan ia melambangkan kehinaan. Walaupun kedua-duanya isteri kepada seorang suami tapi perlu dijaga adab."






Terdahulu, pempengaruh yang dikenali sebagai Tyrah mendedahkan dia dipaksa oleh bekas suaminya yang juga seorang Tabligh untuk tidur dan mandi bersama madunya yang dikenali sebagai Kak Nad.


Selain itu, bekas suaminya menyeksa kedua isterinya kerana wanita itu meminta untuk diceraikan hingga sanggup menuduh isterinya mempunyai penyakit HIV.


Dipercayai, lelaki tersebut meminta isteri kedua untuk membayar hutangnya sebanyak RM23,000 dan mengugut akan mencari perempuan lain jika tidak dibayar.





Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2024 12:39 PM | Show all posts
selamat mencerca kepada semua pengomen..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa guna blaja PI dari tadika sampai Tingkatan 5 kalau benda basikeli gini pun nak kena ustad conformkan? Bodoh.

Nak juga ustad pikir semua untuk kau ka? Ka takda orang tanya, stad ni yang tetiba komen? Hoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.075111 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list