CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34745|Reply: 4

[Jenayah] Mendakwa Tak Perasan, Kucing Tergantung Diseret Belakang Kereta!

[Copy link]
Post time 9-8-2024 09:58 PM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular di media sosial satu gambar yang memaparkan seekor kucing tergantung di belakang sebuah kenderaan pikap jenis Nissan Navara berwarna silver yang sedang bergerak di Pulau Pinang.

Menerusi gambar sohor itu, leher kucing berkenaan dilihat seakan terlilit pada seutas tali yang diikat di belakang kenderaan berkenaan.

Penularan gambar berkenaan juga telah menarik perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam pemandu kenderaan terbabit kerana menyangkakan perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mendera.

Terbaharu, pemilik kenderaan pacuan empat roda terbabit mendakwa bahawa dia tidak menyedari kucing berkenaan tergantung di belakang keretanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Chong Boo Khim berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.29 petang hari sama.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pengadu yang merupakan seorang lelaki warga tempatan telah menjumpai seekor kucing jalanan di sekitar rumahnya di kawasan Simpang Ampang.
Pemandu ingin bawa kucing ke klinik haiwan ketika kejadian

“Pengadu mengatakan yang kucing tersebut dijumpai dalam keadaaan tidak terurus dan kemudiannya membawa haiwan peliharaan itu ke sebuah klinik.

“Tujuan pengadu membawa kucing tersebut adalah bagi memandulkan haiwan itu. Semasa dalam perjalanan ke klinik, pengadu tidak menyedari kucing yang diletakkan di bahagian belakang cuba melompat keluar dan tergantung.

“Lelaki (pengadu) hanya menyedari kejadian berlaku setelah sampai di klinik haiwan dan bertindak membukakan ikatan tali pada leher kucing tersebut,” katanya dipetik Kosmo.
Kes dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut

Menurutnya lagi, kes itu kemudiannya dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak memanipulasikan kes viral yang boleh menyebabkan kekeliruan.

“Orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kebenarannya,” katanya lagi.
Kucing terbabit kini di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang menerusi satu kenyataan sebentar tadi di akaun X rasminya (@DVSPenang)memaklumkan bahawa kucing tersebut kini berada di bawah jagaan mereka untuk siasatan, pemeriksaan lanjut dan rawatan.

Jelasnya, satu kertas siasatan berhubung kejadian itu juga telah dibuka di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

“Sekiranya didapati bersalah, boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit (RM20,000.00) dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit (RM100,000.00) atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

“DVS juga ingin memaklumkan bahawa keterangan suspek yang terlibat dalam kes ini telah diambil dan kenderaan pacuan 4 roda yang digunakan dalam kes ini juga telah ditahan sementara.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2024 04:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2024 09:59 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2024 12:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Pencinta haiwan dihentam oleh pencinta haiwan lain akibat salah faham.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.053177 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list