Keadaan rumah terbakar yang didiami tiga sekeluarga yang dibunuh di Kampung Paya Redan, Muar, semalam. Gambar fail
MUAR: Kes kebakaran yang meragut nyawa tiga sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, pagi semalam kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata ia berikutan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa mendapati terdapat unsur jenayah terhadap mereka yang menyebabkan kematian.
Beliau berkata, susulan laporan itu, kes yang pada awalnya disiasat sebagai mati mengejut kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 436 serta Seksyen 326 kanun sama.
"Seksyen 436 ialah melakukan khianat menggunakan api, manakala Seksyen 326, menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata kepada mangsa yang hidup.
"Usaha mengesan suspek utama kejadian kebakaran itu yang dikenali sebagai Azman Mohamed, 48, masih giat dilakukan. Jadi, kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Siti Rohayu Salih di talian 016-2199592 atau hubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, 06-9564800 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Raiz Mukhliz dalam kenyataan media berkata, polis giat mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan berhubung kebakaran yang meragut nyawa tiga sekeluarga itu.
Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan Azman bagi membantu kes kebakaran itu. Foto ihsan polis
Suspek adalah anak pasangan warga emas yang maut dalam kebakaran itu, Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abd Hamid, 76. Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi itu ialah anak saudara suspek, Noradriana Nor Hisyam, 11.
Lelaki itu yang masih bujang dilaporkan menghilang diri selepas kejadian itu dengan menunggang motosikal.
Ketika kejadian pada kira-kira jam 1.30 pagi semalam, suspek berlima tinggal di rumah terbabit, namun seorang daripadanya iaitu kakak kepada Noradriana, Norazima Mohd Radhi, 14, terselamat dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Kebakaran sebuah rumah hingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Pagoh awal pagi tadi. -Foto NSTP/ Alias Abd Rani
MUAR: Tiga sekeluarga maut, manakala seorang cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini, awal pagi tadi.
Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya Ara Abdul Hamid, 76, dan cucu mereka Noradriana Nor Hisyam, 11, maut dalam tragedi jam 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata seorang lagi cucu mereka Norazima Mohd Radhi, 14, cedera dan menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Beliau berkata, Mohamed Nor dan Ara ditemui meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Noradriana ketika menerima rawatan di HPSF.
"Menurut saksi kejadian berlaku sekitar jam lebih kurang 1.30 pagi membabitkan rumah separuh kayu dan batu dengan empat mangsa terbabit dalam kejadian itu.
"Sebaik menerima laporan itu, polis menggerakkan anggota ke lokasi yang turut disertai Bomba dan Penyelamat dan juga Klinik Kesihatan Pagoh," katanya ketika dihubungi.
Raiz Mukhliz berkata, punca kejadian belum dikenal pasti dan kebakaran itu memusnahkan 85 peratus rumah didiami keluarga terbabit.
"Api berjaya dipadam pada jam 4.15 pagi dan mayat mangsa dibawa ke HPSF untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Komander Operasi Mohd Fadli Ismail ketika dihubungi berkata, seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam.
Katanya, mereka cuba menarik keluar tiga lagi mangsa namun gagal disebabkan api sudah marak.
"Ketika diselamatkan, Noradriana masih bernyawa dan terus dibawa ke HPSF namun meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya.
Muar: "Apabila dimaklumkan rumah terbakar, orang pertama saya cari adalah Man (Azman). Tapi, dia pula menghilangkan diri," kata Nor Hasyim Tahir, 43, bapa kepada Allahyarham Noradriana, antara tiga sekeluarga maut dalam kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini, hari ini.
Azman Mohamed, 48, adalah abang ipar Nor Hasyim yang tinggal bersama ibu dan bapa mentua serta dua anaknya di rumah terbabit namun dilaporkan menghilangkan diri selepas kejadian berlaku jam 1.30 pagi.
Menurut Nor Hasyim, dia menerima panggilan mengenai kejadian itu ketika berada di Kuala Krai, Kelantan kerana menghantar barangan berupa rempah ratus.
"Panggilan pertama saya terima daripada jiran pada jam 1.40 pagi memaklumkan anak tiri (Norazima Mohd Radhi) luka di kepala, tidak lama kemudian, terima pula panggilan kedua beritahu rumah terbakar.
"Saya cuba hubungi salah seorang jiran bertanya mana satu yang betul. Waktu itu, saya minta pertolongan mereka untuk mencarikan Azman kerana dialah satu-satunya yang saya harapkan untuk jaga anak-anak serta ibu bapa mentua.
"Tapi, malangnya, saya dimaklumkan Azman dah tiada. Motosikal dan topi keledar pun tidak kelihatan," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, hari ini.
Dia yang baru tiba dari Kelantan dengan memandu van kelihatan tergesa-gesa lalu bergegas ke bilik forensik untuk melihat jenazah tiga sekeluarga terbabit.
Dalam kejadian itu, selain anaknya, Noradriana, turut maut termasuk ibu bapa mentua, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82 dan Ara Abdul Hamid, 76.
Hanya Norazima terselamat selepas bertindak keluar dari rumah dan meminta bantuan saudara yang tinggal berdekatan.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang mencari Azman yang gagal dikesan sehingga kini.
Dalam pada itu, Nor Hasyim berkata, malam sebelum kejadian, dia menghubungi Noradriana supaya memberitahu ibu bapa mentua supaya memakai pakaian cantik kerana keesokan hari (Sabtu) akan bergerak ke Gersik, Bukit Gambir.
"Kedua ibu bapa mentua teringin sangat untuk ke sana kerana sudah lama tidak berjumpa adiknya (bapa saudara Noradriana). Kami bercadang untuk menyewa kereta untuk ke sana tapi apakan daya hajat kami tidak kesampaian," katanya.
Sementara itu, Nor Hasyim berkata, dua anaknya itu tinggal bersama datuk dan nenek selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser empat tahun lalu.
"Selama ini, sepanjang ketiadaan saya, dua beradik itulah yang menjaga datuk dan nenek memandangkan mereka sudah berusia.
"Norazima dan adik (Noradriana) sangat rajin, suka berkawan dan tidak pernah mendatangkan masalah kepada keluarga. Selepas ini, saya tidak lagi kedengaran suaranya," katanya sambil menahan sebak.
Muar: Luluh hati Nor Hasyim Tahir apabila menuntut jenazah anak di Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dalam keadaan muka hancur serta kesan kecederaan akibat dihentak objek tumpul.
Nor Hasyim, 43, adalah bapa kepada Allahyarham Noradriana, 11, yang maut dalam kebakaran yang turut mengorbankan ibu dan bapa mentuanya pagi semalam, memberitahu keadaan muka anaknya hancur namun tidak mengetahui puncanya.
"Saya boleh cakap keadaan anak saya mukanya hancur disebabkan bekas ketukan. Saya tidak tahu apa puncanya.
"Menurut doktor, kesan kebakaran tidaklah teruk sangat malah kematiannya juga bukan disebabkan itu (kebakaran) tapi akibat ketukan kuat di kepala.
"Itulah yang membuatkan saya sedih apabila menatap jenazahnya petang semalam," katanya ketika ditemui selepas pengebumian Noradrian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, ibu bapa mentua, Mohamed Nor Mohamed Yasin, 82, dan isterinya, Ara Abdul Hamid, 76, turut maut dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 85 peratus rumah separuh kayu.
Bagaimanapun, selepas kejadian itu, bapa saudara arwah Noradriana, Azman Mohamed, 48, menghilangkan diri dan gagal dikesan sehingga hari ini.
NOR Hasyim Tahir. FOTO Alias Abd Rani
Sementara itu, jiran, Ghazali Abd Rahman, 53, berkata, pada hari kejadian mereka terdengar bunyi letupan dan menyangka ada penduduk bermain mercun.
Menurutnya, apabila keluar rumah, dia melihat seorang remaja berlari di tengah jalan lalu meminta bantuan isterinya, Rozana Abdullah, 48, untuk memeriksa.
"Sebaik melihat Norazima Mohd Radhi, 14, remaja terus mendakap isteri saya dalam keadaan berlumuran darah.
"Pada masa sama, salah seorang anak saya melihat Azman menunggang motosikal berada di belakang Norazima.
"Namun, dia tidak memberhentikan motosikal sebaliknya meneruskan perjalanan memandangkan ada sebuah motosikal yang kebetulan melalui lokasi kejadian," katanya.
Katanya, anaknya terus menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan memandangkan keadaan Norazima trauma seperti ketakutan.
ALEEYA, Qharysa, Khairatul Aina dan Ummu Dhiya sebak selepas kehilangan arwah Noradriana. FOTO Alias Abd Rani
Muar: "Hari ini adalah hari yang sepatutnya kami bertemu, tapi apakan daya, kami hanya menemui dalam keadaan jasad," demikian kata rakan Allahyarham Noradriana Nor Hasyim, 11, yang maut bersama nenek dan datuknya dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, pagi semalam.
Khairatul Aina Rosdin, 12, adalah salah seorang rakan karib Allahyarham memandangkan mereka belajar sama di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan, Pagoh.
Menurutnya, dia bersama-sama rakan lain iaitu Nur Aleeya Alyssa Mohd Hanapi, 11, Qharysa Hawa Raudanis Mohd Fadry, 12, dan Ummu Dhiya Mohd Yusof, 11, memang rapat dengan arwah seperti adik-beradik.
"Kami berjanji untuk datang ke rumahnya esok (hari ini), tapi terkejut apabila dimaklumkan dia sudah meninggal dunia. Kami macam tak percaya dengan berita sedih itu.
Disyorkan
3 sekeluarga maut dalam kebakaran diklasifikasikan kes bunuh, polis buru Azman
Polis cari Azman bantu siasatan kebakaran ragut nyawa 3 sekeluarga
Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
"Sehari sebelum pemergiannya, arwah tidak datang sekolah pagi, tapi sekolah agama dia ada. Namun, saya tak sempat jumpa pada hari itu," katanya ketika ditemui selepas pengebumian arwah Noradriana, hari ini.
Ketika majlis pengebumian arwah, keempat-empat rakannya itu dilihat menangis teresak-esak sebelum ditenangkan ahli keluarga mereka.
Dalam pada itu, empat sahabat baik arwah memberitahu mereka kehilangan gelak tawa Noradriana yang sememangnya sangat ceria.
"Kalau kita bersama arwah, pasti meriah kerana dia mudah untuk kita berbual, tidak lokek malah kalau ada makanan, dia akan kongsi bersama kami.
"Kami kena reda walaupun perit menerima kenyataan, kehilangan seorang rakan yang sangat rapat adalah sesuatu yang menyedihkan," katanya.
Post time 10-8-2024 06:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tua sangat2 dah atuk nenek ni
Pasnih kakak yg selamat tu akan tinggal ngn sapa la ye?
Waris sebelah arwah bapa dia ke?
Boleh ke duk ngn bapa tiri?
Selama ni pun dia dibesarkan ngn atuk nenek
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Suspek kes bunuh di Pagoh dipercayai lari ke daerah berhampiran
Bernama
Ogos 11, 2024 14:08 MYT
Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, dipercayai melarikan diri dengan bersembunyi di daerah berdekatan. - Gambar Bernama
MUAR: Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini Jumaat lepas, kini diburu polis dan dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48, dipercayai melarikan diri dengan bersembunyi di daerah berdekatan.
"Berdasarkan maklumat, suspek melarikan diri setelah kejadian tersebut (dipercayai membunuh tiga ahli keluarganya) sebelum membakar rumah, kemudian melarikan diri dengan motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.
"Suspek dipercayai masih berada di negeri Johor dan polis tidak menolak kemungkinan bersembunyi di di Tangkak, Segamat atau Batu Pahat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Raiz Mukhliz berkata hasil semakan pihaknya, suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.
Azman menjadi buruan kerana disyaki membunuh ibu bapanya, Ara Abdul Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11, dalam kejadian pada 1.30 pagi.
Ujian DNA pasangan warga emas rentung diketahui tiga hari lagi
Oleh
NOR AZURA MD AMIN
13 Ogos 2024 02:29pm
Polis mengklasifikasikan kes tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh sebagai kes bunuh.
MUAR - Polis menjangkakan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pasangan suami isteri warga emas yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh dekat sini, diketahui tiga hari lagi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu laporan kimia siap bagi menentukan jantina mayat yang rentung itu.
Raiz Mukhliz
“Pihak polis dan pasukan perubatan masih menunggu laporan sampel DNA daripada Jabatan Kimia dan dijangka dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.
“Ia bagi menentukan jantina mayat mangsa yang dilaporkan terbakar 80 peratus dalam kejadian kebakaran terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Raiz Mukhliz turut memaklumkan seorang lagi mangsa, Norazima Mohd Radhi, 14, yang patah tangan dan cedera di kepala disyaki dipukul bapa saudaranya masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan usaha giat dilakukan bagi menangkap suspek utama iaitu anak pasangan warga emas berkenaan dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48, yang dipercayai bersembunyi di daerah berdekatan.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, tiga sekeluarga maut apabila rumah didiami mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan di sini, kira-kira jam 1.30 pagi Jumaat.
Artikel Berkaitan:
Tiga sekeluarga maut: Polis terus buru suspek bunuh, bakar
Azman lari naik motosikal Honda Wave ke daerah berdekatan - Polis
Tiga sekeluarga maut kebakaran diklasifikasi kes bunuh - Polis
Tiga sekeluarga maut: Jenazah Noradriana dikebumi sebelah pusara ibu
'Harapkan abang ipar untuk dapatkan gambaran sebenar kejadian'
Polis cari anak pasangan warga emas rentung dalam kebakaran
Mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, manakala seorang lagi kanak-kanak iaitu cucu kepada pasangan berkenaan, Noradriana 11, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Pada Sabtu, polis mengklasifikasikan kes tiga sekeluarga yang maut dalam tragedi kebakaran itu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ia selepas siasatan lanjut di lokasi kejadian dan hasil laporan bedah siasat ketiga-tiga mangsa mendapat terdapat unsur jenayah.
KEBAKARAN sebuah rumah hingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Pagoh awal pagi tadi. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Selepas hampir seminggu diburu, suspek kes bunuh dan bakar rumah hingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Pagoh Jumaat lalu, berjaya ditahan polis.
Menurut sumber, suspek berusia 48 tahun itu ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar di sini, pagi ini, untuk permohonan reman.
Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Jumaat lalu.
Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82: isterinya, Ara Abd Hamid, 76: dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.
Noradriana selamat dikebumikan Sabtu lalu, manakala jenazah datuk dan neneknya masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.
Siasatan polis pada awalnya sebagai kes mati mengejut, namun kemudiannya diklasifikasikan kes bunuh.
Ia susulan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit yang didapati terdapat unsur jenayah.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.
Katanya, suspek ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman.
Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung penangkapan suspek dalam masa terdekat.
Post time 10-8-2024 05:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Akhirnya ada gak benang kes ni
Awal2 dah berbau ikan kes ni bila baca jiran dia kata si kakak yg terselamat tu menyorok kat timbunan pasir dlm ketakutan. Pastu kepala plak cedera.
Budak tu pun tak boleh diziarahi oleh sesiapa wat masa ni sama ada sbb dia masih trauma atau utk keselamatan dia.
Ayah dah meninggal, mak pun meninggal kendian atuk nenek dan adik plak meninggal.
Post time 10-8-2024 05:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
blue_blur replied at 10-8-2024 05:39 PM
kita teka...... kes dadah...
ada dengar, makpak protect anak dia walaupun tau dadah, dah kena seran ...
Ramai je parent sanggup pertahankan anak..iolss ade kenal org masjid... Anak mendadih,abis pinggan mangkuk kat rumah pun di jual tp tetap x nk anta anak ke pusat..katanya sedih x sanggup anta anak ke pusat...iolss diam je la..tunggu je la mak bapak kn kerat..anak dia mendadih vape mashromm tu..mahaii katanya seketul vape tu...