CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 54568|Reply: 61

[Dunia] [Olimpik Paris 2024] Raygun pertahan tarian peliknya, anggap pengkritik tidak faham seni

[Copy link]
Post time 11-8-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Raygun pertahan tarian peliknya, anggap pengkritik tidak faham seni

Aksi Raygun dalam acara breakdance di Olimpik Paris 2024. - Foto: EPA

ATLET breakdance Australia yang menjadi tular di media sosial kerana rutin uniknya di Sukan Olimpik telah membalas pengkritiknya dengan mengatakan mereka tidak memahami 'seni'.

Raygun, seorang pensyarah universiti berusia 36 tahun yang nama sebenarnya Rachael Gunn, menarik perhatian dalam pertandingan breakdance di Paris.

Sukan ini dimasukkan ke temasya Olimpik buat kali pertama dan walaupun ramai peserta berjaya memukau penonton, Raygun mengambil pendekatan berbeza.

Rutinnya termasuk beberapa gerakan yang serta-merta menjadi 'meme' di media sosial termasuk pergerakan anehnya ketika beraksi.

Raygun juga memilih untuk mengenakan pakaian sukan Australia dan topi, berbanding baju breakdance sekali gus menjadi ejekan di media sosial.

“Semua pergerakan saya adalah asli. Kreativiti sangat penting bagi saya. Saya pergi ke sana dan saya menunjukkan kesenian saya.

“Kadang-kadang ia berjaya menarik minat juri dan kadang-kadang tidak. Saya melakukan perkara saya dan ia mewakili seni.

"Itulah yang dimaksudkan. Apa yang saya mahu lakukan ialah datang ke sini dan melakukan sesuatu yang baharu, berbeza serta kreatif - itulah kekuatan saya, kreativiti saya," katanya.

Raygun mempunyai Ijazah Dktor Falsafah (PhD) dalam tarian, politik jantina dan dinamik antara metodologi teori dan praktikal.

Dia menceburi sukan itu pada usia 20-an dan sedih kerana acara tersebut tidak akan dianjurkan di Olimpik Los Angeles pada 2028.

Pingat emas pada Paris 2024 dimenangi oleh Ami Yuasa dari Jepun, yang menewaskan atlet Lithuania Dominika Banevic 3-0 pada perlawanan akhir.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2024 01:22 PM | Show all posts
'Sukan' Breaking


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ot jap. Sukan layang-layang tu macamana? Spore menang medal.

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
macam mana breakdance boleh masuk olimpik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terkejut tengok breakdance dah jadi sejenis sukan. Tambah terkejut tengok tarian seni berat raygun
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm…siap ada lompat2 kangaroo tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2024 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
part dia mop2 lantai tu tak boleh blah
next olimpik twerking bakalan dipertandingkan kah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis olimpik australia xtapis dulu ka atlet yg diorang hantar. Setakat mcm tu ramai je kat malaysia ni boleh buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya orang yang kental je yang boleh mempertahankan seni nya

Terutama di kalangan masyarakat yang kampungnya tiada kesenian
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo ni??? mujur iols tak tengok atlet ni... memangla arts tapi bukan breaking dance...

Bboys punya performance best...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm betul lah agaknya apa yg Raygun ckp tu ---- aku tak paham seni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Breakdance pon dah jadi acara sukan? Inspirasi dari movie white chick ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 11-8-2024 01:49 PM
Aku terkejut tengok breakdance dah jadi sejenis sukan. Tambah terkejut tengok tarian seni berat rayg ...

Ibarat tarian jeng jeng jeng ritu la rasanya..klu x kita anta depa p wkil msia
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 04:20 PM | Show all posts
aku asal tengok memana sukan, mesti terdetik eleh aku pun boleh buat. begitu konpiden macam acik Raygun nih. dasar netijen sangat.

tengok kat rtm, asal bukak je ada sukan lawan pedang, asal bukak je ada sukan lawan pedang, pun aku rasa macam senang je. again, dengan nada konpiden. cuma aku agak buta sukan sebab first time tengok judo, dah macam aku bergasak dengan adik aku berebut remote tv dedulu. mungkin aku tak faham art berat sukan2 nih kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 11-8-2024 04:59 PM

Apa ni? Cam bangang je break dance masuk olympic.  Kasi malu ancient greeks je.  Nak lawan dancing masuk Dance Off le tk pun masuk yg mak iols cukup gemar tengok tu yg ala2 rate kesusahan aksi nyanyi sambil dancing tu.  Tu pun cam bangang gak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-8-2024 01:43 PM
Ot jap. Sukan layang-layang tu macamana? Spore menang medal.


Kitefoiler tu ke yg macam skate atas air pegang layar kecik tu ikut angin.  Mcm2 lah sukan sekarang.  awat cobgkka dgn batu seremban x masuk sekali. Galah panjang ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2024 05:53 PM | Show all posts
unique

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 11-8-2024 01:46 PM
macam mana breakdance boleh masuk olimpik pulak

I pon baru tau. Mcm jatuh class sukan olympic. Squash xnk masukkan plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu tarik tali pun masuk olimpik.


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 06:14 PM | Show all posts
Ceq tgk pun mcm

Breaking (M) best....ya la depa breakdance lagi power
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.117669 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list