View: 10522|Reply: 4
|
Lagi serangan pisau gemparkan UK, Seorang wanita dan anaknya ditikam
[Copy link]
|
|
LONDON – Seorang lelaki ditahan selepas menikam seorang wanita dan anaknya yang berusia 11 tahun dalam serangan pisau di Leicester Square, London, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Suspek yang dibawa dalam keadaan bergari oleh dua anggota polis, pada awalnya ditahan oleh seorang pengawal keselamatan.
Dia diberkas sejurus selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan ibunya, 34, ditikam di Leicester Square semasa waktu sibuk kira-kira pukul 11.34 pagi (waktu tempatan).
Kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek manakala polis berkata, serangan itu tidak dianggap sebagai kes keganasan setakat ini.
Seorang saksi memberitahu akhbar The Sun UK bahawa suspek dilihat mundar-mandir di kawasan tumpuan pelancong itu beberapa jam sebelum dia melancarkan serangan.
“Saya mendengar jeritan kanak-kanak dan kemudian pekerja keselamatan di kedai teh keluar dan bergelut dengan penyerang,” kata saksi berkenaan, Abu Tauhid, 35.
Menurut polis Metropolitan London, budak perempuan itu masih dirawat di hospital, namun kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa, manakala ibunya hanya cedera ringan.
Pengawal keselamatan yang bertarung dengan suspek, Abdullah, 29, berkata, dia melompat dan merampas pisau lelaki tersebut.
“Kemudian beberapa orang lagi turut serta, dan kami menahannya sehingga polis datang,” ujar Abdullah. – AGENSI
SUMBER: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kat Pakistan/UAE/Malaysia ke? Awat nama2 dlm berita ni ada Ahnad bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
Tingat pi sana beberapa tahun lepaih.. tgk muvi kat sana.. rega tikat 45 pound ka berapa.. fefeeling orka beli tiket mahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang gila ada kat mana2
Yg US dgn senjata api
Yg UK dgn pisau |
|
|
|
|
|
|
|
kes serangan rambang mcm ni nt akan disalahkan org islam jugak, |
|
|
|
|
|
|
| |
|