CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12909|Reply: 0

[Tempatan] Sabah hapus miskin tegar bulan lalu, umum Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor

[Copy link]
Post time 13-8-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Sabah hapus miskin tegar bulan lalu, umum Hajiji

https://www.freemalaysiatoday.co ... n-lalu-umum-hajiji/

FMT Reporters
13 Aug 2024, 04:09 PM


Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus menyediakan peluang kerja kepada belia untuk hapus miskin tegar. (Gambar Bernama)

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata kejayaan itu tercapai menerusi kerjasama kerajaan pusat, negeri dan syarikat berkaitan kerajaan.

PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mengumumkan miskin tegar di negeri itu berjaya dihapuskan akhir bulan lalu.

Katanya, kejayaan itu dicapai selaras aspirasi kerajaan Madani dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 (2021-2025), selain kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Saya mengumumkan bahawa kita sudah berjaya menghapuskan miskin tegar di negeri ini pada 31 Julai lalu, katanya menurut Berita Harian pada pelancaran projek penanaman padi di Kampung Ongkilan, Kota Marudu.

Projek perintis penanaman padi seluas 100 hektar dilaksanakan dengan kerjasama Sawit Kinabalu dan Jabatan Pertanian Sabah di tapak tanah milik GLC Sabah itu.

Hajiji berkata, kerjasama GLC seperti Sawit Kinabalu adalah antara yang membantu usaha kerajaan menghapuskan miskin tegar Sabah.

“Saya berharap GLC di negeri ini akan terus menyediakan peluang pekerjaan kepada belia kita.

Ini sudah tentu membantu usaha kerajaan negeri melalui Sekretariat SMJ dan Pejabat Pembangunan Sabah untuk menoktahkan miskin tegar, katanya.

Pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan masalah miskin tegar di Sabah akan diselesaikan sebelum akhir Julai tahun ini, menerusi usaha dilaksanakan hasil kerjasama erat kerajaan persekutuan dan negeri.

Katanya, ia berdasarkan penurunan besar jumlah keluarga miskin tegar di Sabah kepada 9,000 keluarga pada Mei lalu berbanding 20,000 keluarga dalam data sebelum itu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.201317 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list