View: 13399|Reply: 5
|
[Tempatan]
Cuba leraikan pergaduhan, warga emas maut ditikam dengan gunting
[Copy link]
|
|
Cuba leraikan pergaduhan, warga emas maut ditikam dengan gunting
https://www.bharian.com.my/berit ... ikam-dengan-gunting
Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 13, 2024 @ 4:56pm
[email protected]
Unit forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian wanita warga emas maut ditikam di kepala di sebuah rumah di Pekan Darat, Kepala Batas. - Foto NSTP/Nur Izzati Mohamad
KEPALA BATAS: Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting selepas dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara dua beranak dalam kejadian di sebuah rumah di Pekan Darat, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 80-an dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia.
Menurut sumber, mangsa ketika itu berada di rumah berkenaan bersama suspek lelaki yang juga anak saudaranya berusia lingkungan 40-an dan ibu suspek berusia sekitar 70-an.
"Berlaku pertengkaran antara suspek dan ibunya yang mangsa kemudian cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.
"Namun, suspek tidak berpuas hati apabila mangsa cuba mencampuri urusan dia dan ibunya, lalu bertindak mengambil sebilah gunting yang diletakkan atas meja dan menikam bahagian kiri kepala mangsa.
"Mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.
Ibu suspek juga cedera dalam insiden itu dan dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Jelasnya, sejurus kejadian itu suspek dikatakan mengamuk apabila memecahkan cermin rumah saudaranya sebelum orang ramai menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Suspek dikatakan, melarikan diri dengan menunggang motosikal namun dia berjaya ditahan polis tidak jauh dari kediamannya.
Difahamkan, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dipercayai ada masalah mental.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan berhubung kejadian berkenaan namun maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainailahirojiun
Kesiannya arwah... Anak beranak ni bergaduh di rumah siapa sebenarnya?
Sbb hal2 mcm ni le skrg ni lg ramai org tak nak campur tangan & ambil pendekatan tgk je takut tak pasal2 kita yg teruk kena |
|
|
|
|
|
|
|
Design rumah dah tahu rumah Melayu Utara. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Balik Pulau banyak design rumah macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
BeskotCekelat replied at 14-8-2024 01:19 PM
Kat Balik Pulau banyak design rumah macam ni
Haah, tangga belah dalam...kalau belah Seberang Perak ada imigran dari Kedah. Rumah design camni lah...boleh bezakan rumah orang Melayu Perak dan Melayu Kedah kat situ. |
|
|
|
|
|
|
| |
|