View: 31629|Reply: 12
|
[Jenayah]
Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara
[Copy link]
|
|
Insiden berkenaan berlaku sekitar jam 11 pagi tadi ketika mangsa dikatakan cuba meleraikan pertengkaran antara anak saudaranya dan ibu kandungnya. - Foto Astro AWANI
KEPALA BATAS: Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting oleh anak saudaranya dalam kejadian pergaduhan di sebuah rumah di Gelung Bubu , Pekan Darat, di sini pada Selasa.
Mangsa yang berusia sekitar 80-an itu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya sejurus kejadian untuk rawatan lanjut namun disahkan telah meninggal dunia.
Insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 11 pagi tadi ketika mangsa dikatakan cuba meleraikan pertengkaran antara anak saudaranya dan ibu kandungnya.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu tidak berpuas hati apabila mangsa mencampuri urusan pergaduhan dengan ibunya di dalam rumah itu selepas mangsa yang tinggal bersebelahan datang untuk meleraikan pertengkaran tersebut.
“Suspek yang berang dengan tindakan ibu saudaranya itu dipercayai mengambil gunting di atas meja di rumah berkenaan lalu menikam bahagian kiri kepala mangsa, ibu kandung suspek yang berusia 70-an turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kepala Batas,” katanya.
Selepas kejadian tersebut, suspek dikatakan turut mengamuk dan bertindak memecahkan cermin tingkap rumah jiran sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum orang ramai menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
Suspek kemudian berjaya ditahan anggota polis tidak jauh dari lokasi kejadian.
Difahamkan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun dipercayai mengalami masalah mental.
Sementara itu , Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian tersebut namun maklumat lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan kemudian.
Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di harap acik2 sekalian janganlah open sangat kutuk bangsa sendiri yakni melayu
Bukan apa.. open forum camni karang ada pondan siam ke, rohingya bukit malut ke, pilak pilipin ke yang ambil kesempatan tumpang mencaci melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Apooo masalah mental... Kaki hisap ape plak kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
tgok gambar pelaku mcm penagih |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capwayang at 14-8-2024 12:00 AM
..deleted.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi mental sbb dadah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa banyak sangat kes bunuh/mati ni? Tak sefahaman, tak puas hati, dispute, menipu, hutang, jealous end-up semua mati.
Rasa nak balik ke masa lalu, semua tenang, aman damai. |
|
|
|
|
|
|
|
Bela lagi penagih dadah bela lagi penagih dadah naungan ibu bapa merajakan anak lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 14-8-2024 06:50 AM
ninja boy replied at 14-8-2024 12:42 AM
Bela lagi penagih dadah bela lagi penagih dadah naungan ibu bapa merajakan anak lelaki
tapi tulis situ mental, bukan dadih.. kadg bukan kt rumah je gini, kt tmpt kerja pun sama. jenis malas buat koje tp suka kacau/cari pasal/probok org lain. elok di gunting kan juga
maap sbb tiber. ( tp acik ni kena gunting sbb lerai gadoh anak sedara bodo.tp ek, dolu ade gak lah kesah sedara mara baran ni, mmg deme slalu sorok pisau gunting kt rumah, dh pakai sorok balik gitu)
smoga jantan mental tak sedar dek untung tua bangka mak bela ni,di simpan kat spital mental saje..... |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 13-8-2024 11:08 PM
Di harap acik2 sekalian janganlah open sangat kutuk bangsa sendiri yakni melayu
Bukan apa.. open fo ...
ooo pulak... tapi takpele sbb rasanya acik acik pun kuat juga laser pondan siam, rohingya bukit malot, dan pilak pilipin hok yg jahat2. kot pondan siam, rohingya bukit malot, dan pilak pilipin yg tak carik pasal, acik2 y bother gitoh |
|
|
|
|
|
|
|
ES xdak spill apa-apa ke pasal cikgu ni?
Tak kan sebab pelaburan sampai potong2 |
|
|
|
|
|
|
|
mental buatan, isap gam minum ketom, pastu otak rosak pun leh istihar mental?
kesian mak saudaranya... tgh bersiap nk solat dhuha time tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|