CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8399|Reply: 3

[Tempatan] Komik Hew: Pemuda Umno gesa kerajaan pertimbang mohon semakan. #2, Komik Hew: Umno wajib bantah keputusan KDN batal larangan, kata Puad. #4, Puad: Kerajaan wajib cari jalan haramkan komik BRI.

[Copy link]
Post time 14-8-2024 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-8-2024 03:23 AM

Komik Hew: Pemuda Umno gesa kerajaan pertimbang mohon semakan

https://www.freemalaysiatoday.co ... bang-mohon-semakan/

FMT Reporters
13 Aug 2024, 11:31 PM


Pemuda Umno membuat desakan susulan laporan bahawa perintah larangan terhadap penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dibatalkan. (Gambar Bernama)

Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata sensitiviti majoriti rakyat perlu diutamakan untuk jamin kestabilan.

PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa kerajaan pertimbang untuk memohon semakan terhadap keputusan mahkamah berkait komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

Kami hormati keputusan mahkamah tapi tidak bererti kami bersetuju, kata ketuanya, Dr Akmal Saleh di Facebook.

PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa kerajaan pertimbang untuk memohon semakan terhadap keputusan mahkamah berkait komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

Kami hormati keputusan mahkamah tapi tidak bererti kami bersetuju, kata ketuanya, Dr Akmal Saleh di Facebook.

Perintah larangan diwartakan pada 2019, apabila kerajaan mendakwa ia mempunyai kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan, serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

Ia dikatakan cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan mengelirukan mengenai komunis, serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis, antara lain.

Pada 8 Dis 2022, kerajaan dilapor gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan larangan ke atas penerbitan komik berkenaan.

Desakan Pemuda Umno hari ini menyusuli laporan bahawa perintah larangan terhadap penerbitan komik itu dibatalkan, menerusi warta bertarikh semalam.

Siapa sekalipun kerajaan, sensitiviti majoriti rakyat Melayu-Islam perlu diutamakan dan dipelihara untuk menjamin kestabilan negara ini, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2024 09:28 AM | Show all posts
Komik Hew: Umno wajib bantah keputusan KDN batal larangan, kata Puad

https://www.freemalaysiatoday.co ... larangan-kata-puad/

FMT Reporters
14 Aug 2024, 08:42 AM


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata rakyat kecewa dengan keputusan KDN yang menarik semula larangan mencetak dan mengedar komik kontroversi itu. (Gambar Facebook)

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata kerajaan wajar mencari jalan supaya larangan berkenaan diteruskan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menggesa parti itu terus membantah keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik semula larangan mencetak dan mengedar komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

Komik itu ditulis bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata rakyat kecewa dengan keputusan KDN itu dan kerajaan wajar mencari jalan supaya larangan berkenaan diteruskan.

Umno wajib membantah keras, katanya di Facebook, sambil menambah komik itu jelas mengagungkan Chin Peng, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya.

“Ia jarum halus sebar komunisme. Ramai anggota keselamatan (menjadi) korban perjuangan bersenjatanya.

Selepas negara merdeka, dia (Chin Peng) terus berjuang dalam hutan menentang kerajaan yang sah dan dipilih rakyat. Ideologi komunis menolak Raja Raja Melayu. Ia ancam kestabilan, katanya.

Perintah larangan terhadap penerbitan komik kontroversi itu diwartakan pada 2019, namun ia ditarik balik.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, pada 6 Ogos.

Bagaimanapun, Pemuda Umno semalam menggesa kerajaan pertimbang untuk memohon semakan terhadap keputusan mahkamah itu.

Mahkamah Rayuan pada 26 Julai 2022 memutuskan komik berkenaan tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Sebelum itu pada 25 Mei, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Hew untuk membatalkan larangan ke atas komik itu.

Perintah larangan diwartakan pada 2019, apabila kerajaan mendakwa ia mempunyai kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan, serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

Ia dikatakan cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan menggelirukan mengenai komunis, serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis, antara lain.

Pada 8 Dis 2022, kerajaan dilapor gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan larangan ke atas penerbitan komik berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 10:54 AM | Show all posts
Biasalah jika Pemuda UMNO protes dan kemudian mengancam akan melakukan demo  besar-besaran bangsa melayu  menuntut agar komik itu tetap dilarang ...

Mengapa mereka protes ?  Tentu saja karena mereka X ingin maruah dan kehormatan bangsa melayu disamakan dengan bangsa bukan melayu di Malaysia ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2024 11:22 AM | Show all posts
Puad: K'jaan wajib cari jalan haramkan komik BRI

https://m.malaysiakini.com/news/715505

Diterbitkan:  Aug 14, 2024 10:37 AM
Dikemaskini: 10:47 AM



Umno mesti terus mendesak pengharaman semula komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI) tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mendakwa komik itu "mengagungkan" bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Ong Boon Hua, yang lebih dikenali dengan nama samaran Chin Peng dan menyebarkan ideologi komunis.

"Rakyat kecewa keputusan KDN batal larangan mencetak dan mengedar komik milik superman Hew ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan pada 8 Disember 2022. Kerajaan wajib cari jalan supaya larangan itu diteruskan.

"Komik itu jelas mengagungkan Chin Peng bekas pemimpin Parti Komunis Malaya. Ia jarum halus sebar komunisme. Ramai anggota keselamatan korban perjuangan bersenjatanya," tulis Puad di Facebook pagi ini.


Gambar fail, penulis komik BRI Hew Kuan Yau.

Puad menegaskan komunis terus menentang kerajaan walaupun selepas negara mencapai kemerdekaan.

"Ideologi komunis menolak Raja Raja Melayu. Ia ancam kestabilan.

"Perjanjian damai bukan bermakna ancaman fahaman komunis yang anti Raja Raja Melayu berakhir. Umno wajib membantah keras," kata Puad yang juga speaker DUN Johor itu.

Perjanjian Damai Hat Yai dimeterai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989 membawa kepada pembubaran parti itu dan menamatkan konflik bersenjata sejak darurat Inggeris pada 1948.



Untuk rekod, komik BRI itu tidak menyebut mengenai perjuangan PKM mahupun Chin Peng.

Komik BRI diterbitkan untuk memperingati ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia, dilaporkan menggambarkan China dan inisiatif Jalur dan Jalan secara positif manakala menggambarkan dunia Barat dengan negatif.

Komik itu kelihatan menonjolkan Presiden China Xi Jinping dan inisiatif BRI.

Pembatalan larangan komik BRI terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, yang bertarikh 6 Ogos.



KDN sebelum ini berkata larangan terhadap komik yang diterbitkan dalam tiga bahasa itu - Melayu, Inggeris, dan Cina - kerana mengelirukan pembaca serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

Selain itu, antara bahagian kontroversi yang terdapat dalam komik berkenaan adalah menyifatkan orang Malaysia yang bersimpati dengan etnik Uighur di China - yang dikatakan ditahan di "kem pendidikan semula" oleh Beijing - sebagai "radikal".

Dalam perkembangan berkaitan isu komik BRI ini, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata walaupun pihaknya menghormati keputusan mahkamah untuk menarik balik larangan buku itu namun tidak bermakna dia bersetuju dengannya.

"Bagi mengelakkan ketidakadilan kami mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan ini selaras dengan kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan dibawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.



"Walaupun keputusan mahkamah rayuan pada 26 Julai 2022 yang ketika itu kerajaan memerintah adalah kerajaan BN-PN memutuskan bahawa komik ini tidak menjejaskan kententeraman awam dan permohonan kerajaan untuk kebenaran merayu kepada mahkamah persekutuan untuk mengembalikan larangan terhadap penerbitan komik ini gagal pada 8 Disember 2022.

"Siapa sekalipun kerajaan, sensitiviti majoriti rakyat Melayu Islam perlu diutamakan dan dipelihara untuk menjamin kestabilan negara ini," tulisnya pada hantaran Facebook malam tadi.

Semalam, pemimpin PAS juga mengecam tindakan kerajaan untuk menarik balik larangan buku itu dan menyoal Umno kerana membisu mengenai perkara tersebut.

Pada 2019, Kementerian Dalam Negeri melarang buku komik Hew atas alasan kandungannya bersifat prejudis terhadap ketenteraman awam.



Hew telah memfailkan semakan kehakiman terhadap tindakan tersebut tetapi Mahkamah Tinggi menolak permohonannya pada April 2021.

Bagaimanapun pada 26 Julai lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa buku komik BRI tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Malah, menurut keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang bersidang, tiada kejadian tidak diingini berlaku di Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum KDN mengharamkan buku tersebut.

Pada 8 Disember 2022, media melaporkan kerajaan persekutuan gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan semula larangan ke atas penerbitan komik berkenaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 1.446036 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list