View: 4047|Reply: 3
|
[Jenayah]
Dakwaan Gangguan Siber, JK Rowling, Elon Musk Dan Donald Trump Bakal Disaman!
[Copy link]
|
|
Wanita telah bertindak menyaman beberapa orang yang membulinya di media sosial, termasuk tokoh terkenal dunia seperti J.K. Rowling, Elon Musk dan Donald Trump.
Menurut laporan dari Variety, Imane Khelif telah memfailkan aduan jenayah kepada pihak berkuasa Perancis atas dakwaan gangguan siber yang dialaminya sepanjang berlangsungnya Olimpik Paris.
Aduan ini difailkan pada 9 Ogos di pusat anti-kebencian dalam talian, di pejabat Pendakwa Raya Paris.
Nabil Boudi, seorang peguam yang berpangkalan di Paris dan mewakili Khelif, mengesahkan kepada Variety bahawa kedua-dua individu Musk dan Rowling telah dinamakan dalam saman tersebut.
Boudi menjelaskan bahawa kes ini difailkan terhadap X (sebelumnya dikenali sebagai Twitter) untuk memastikan pihak pendakwa mempunyai kebebasan untuk menyiasat semua individu yang terlibat, termasuk mereka yang menggunakan nama samaran untuk menyebarkan kebencian.
Di bawah undang-undang Perancis, kes ini difailkan terhadap ‘orang tidak dikenali’, memberi peluang kepada pasukan peguam yang mewakili Khelif untuk menamakan individu lain yang mungkin terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan kebencian.
Walaupun begitu, aduan tersebut secara khusus menamakan tokoh awam termasuk Rowling dan Musk.
Rowling, penulis terkenal siri Harry Potter, telah menimbulkan kontroversi apabila beliau memuat naik gambar Khelif menentang peninju Itali, Angela Carini.
Dalam catatannya di Twitter, Rowling menuduh Khelif sebagai seorang lelaki yang ‘menikmati derita wanita yang baru sahaja ditumbuk di kepala’.
Manakala Elon Musk, tokoh teknologi terkemuka dan pemilik X, juga terpalit apabila beliau memberi sokongan kepada kenyataan perenang Riley Gaines yang menyatakan ‘lelaki tidak sepatutnya berada dalam sukan wanita’, dengan balasan “Semestinya!.”
Boudi turut menyebut bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan disiasat sebagai sebahagian daripada kes ini.
Trump sebelum ini memuat naik gambar Khelif menentang Carini di Twitter dengan mesej, “Saya akan pastikan lelaki tidak akan berada dalam sukan wanita!”
Khelif yang lahir sebagai wanita dan disenaraikan sebagai wanita dalam pasportnya, menjadi mangsa kepada kecaman, ucapan berbaur kebencian serta maklumat palsu mengenai kelayakannya untuk bertanding dalam kategori wanita di Olimpik.
Walaupun menghadapi serangan dalam talian, Khelif tetap berjaya mengharungi kontroversi ini dan merangkul pingat emas dalam acara final wanita 66kg.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eloknya Imane tu tinju muka2 sesiapa yg mgata dia lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ter londeh semua sehingga olympic obah rules... Prolly no olympic for heshe untuk next olympic sudah lah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|