CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2440|Reply: 0

[Tempatan] Guan Eng, peguam Papagomo bertikam lidah tentang siapa berbohong

[Copy link]
Post time 14-8-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Guan Eng, peguam Papagomo bertikam lidah tentang siapa berbohong

https://m.malaysiakini.com/news/715528

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Aug 14, 2024 12:41 PM
Dikemaskini: 1:31 PM





Perbicaraan kes saman fitnah Lim Guan Eng dan anak lelakinya terhadap penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris menyaksikan pengerusi DAP itu bertikan lidah dengan peguam bekas exco Pemuda Umno tersebut tentang ,siapa yang berbohong.

Perang mulut tercetus semasa pemeriksaan balas apabila peguam Logen Eskander Abdullah yang mewakili Wan Muhammad Azri mengajukan beberapa soalan berhubung dakwaan Lim bahawa penulis blog itu membuat dakwaan pencabulan seksual ke atas anak Lim.

Dakwaan pada 2011 ialah anak Lim yang ketika itu berusia 15 tahun, Clint Lim, didakwa mencabul secara seksual rakan sekelasnya.

Semasa di kandang saksi, Lim menjawab bahawa anaknya masih di bawah umur ketika dakwaan itu dibuat oleh Wan Muhammad Azri, dan mesti berhati-hati kerana ia melibatkan g kanak-kanak.

Lim: Kamu berbohong di mahkamah.

Logen: Tarik balik kenyataan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Eddie Yeo kemudiannya terpaksa menghentikan prosiding buat seketika bagi meredakan keadaan yang semakin hangat.

Apabila Yeo memanggil semula prosiding kira-kira 15 minit kemudian, pesuruhjaya kehakiman mengingatkan pihak-pihak supaya mematuhi kesopanan dan kebijaksanaan semasa perbicaraan.

Yeo juga mengarahkan Lim menarik balik kenyataannya yang mendakwa Logen berbohong, dan ahli Parlimen Bagan itu berbuat demikian.

Lim dan anaknya menyaman Wan Muhammad Azri kerana mendakwa Clint pada 29 Feb 2020 membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya.

Clint mendakwa dia difitnah dengan tuduhan bahawa dia telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura ketika itu kerana membawa masuk wang yang tidak diisytiharkan.

Lim pula mendakwa dia difitnah atas dakwaan bahawa dirinya kemudian terbang ke Singapura untuk cuba menyelamatkan anaknya.

Lim menuntut ganti rugi RM3 juta daripada Wan Muhammad Azri, yang dikenali ramai sebagai Papagomo.

Tindakan sivil tertumpu pada hantaran di Facebook bertarikh 14 Mac 2020.

Dalam pembelaannya, Wan Muhammad Azri membangkitkan pembelaan justifikasi dan komen adil sebagai pembelaan alternatif kepada dakwaan utamanya bahawa hantaran dalam talian itu berasal daripada akaun yang bukan di bawah kawalannya.

Lim diwakili peguam Simon Murali.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.291003 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list