CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25305|Reply: 37

[Jenayah] Berusia 63 Tahun, Nenek Menjadi Wanita Pertama Dilantik Sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur!

[Copy link]
Post time 15-8-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa mulai esok (15 Ogos) bagi menggantikan Datuk Kamarulzaman Mat Salleh yang bersara wajib.

Pelantikan itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan selaras dengan Subseksyen 4 (2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata Maimunah merupakan individu bertanggungjawab mengembalikan kedudukan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) sebagai peneraju pemikiran dalam perbandaran mampan dengan pengalaman 39 tahun dalam perancangan bandar, penjanaan semula bandar dan pembangunan yang diterajui komuniti.

Beliau berkata Maimunah, 63 tahun pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Setiausaha Agung mengenai Bandar Masa Depan dan Pengerusi Bersama Gabungan 2030 Kerajaan tempatan dan kini beliau dilantik sebagai penasihat kepada Majlis Antarabangsa Inisiatif Alam Sekitar Tempatan (ICLEI).

"Saya percaya dengan pelantikan ini, beliau akan dapat meneruskan kesinambungan pengalaman dan sumbangan beliau untuk memimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penuh integriti bagi memastikan kemampanan pembangunan, kecemerlangan dan kegemilangan berterusan ke arah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang maju dan sejahtera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaliha berkata Maimunah juga telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti pengiktirafan sebagai Tokoh Perancang Bandar Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Ahli Kehormat Royal Town Planner’s Institute, United Kingdom; Felo Kehormat, United Cities of Local Government (UCLG) dan Ambassador of His Majesty King Charles III (King’s Foundation) dalam perbandaran mampan di negara-negara Komanwel.

"Beliau juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Alam Bina dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia," katanya.

Maimunah juga pernah menyandang jawatan Pengarah Eksekutif UN-Habitat yang berpusat di Nairobi, Kenya selama enam tahun dan merupakan wanita Asia pertama yang memegang jawatan tersebut.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan Bandar) dari University of Wales Institute of Science and Technology, United Kingdom sebelum melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar) di Universiti Sains Malaysia.

Zaliha turut merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kamarulzaman atas segala sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang menjawat jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2024 02:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2024 11:57 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 12:37 PM | Show all posts
boleh ke beliau mengawal taiko2 yg ada kt kl ni?
boleh ke beliau bersihkan balik kl tu dari pati yg bertimbun?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 12:59 PM | Show all posts
waaaa di ada Tpr bosku.  harap tak semata2 jadi balaci lah hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat makcik eh nenek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat la akk ni...sempat lg tak tua nnti nk jd sehebat she
i mean pgg jwtn mcm she
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 01:52 PM | Show all posts
Tpr ni apa ? Timbalan Pendakwaraya ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2024 01:59 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 15-8-2024 04:59 AM
waaaa di ada Tpr bosku.  harap tak semata2 jadi balaci lah hendaknya

TPr tu apa ????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2024 01:59 PM | Show all posts
eragon replied at 15-8-2024 01:52 PM
Tpr ni apa ? Timbalan Pendakwaraya ke ?


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 02:01 PM | Show all posts
eragon replied at 15-8-2024 05:52 AM
Tpr ni apa ? Timbalan Pendakwaraya ke ?

Town Planner
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
TT...knp tered jenayah plak dekk...kau mabuk ketum ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 02:42 PM | Show all posts
kenapa jenayah dekk didi..apa salah dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 03:25 PM | Show all posts

ooooo..sijil ni...
power2...hebat profesyen Town Planner ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 03:39 PM | Show all posts
dia dulu pengarah town planning mppp then jd datuk bandar mbsp

masa dia pegang town planning zaman dulu penang byk menang award kalo tak silap

masa dia jgk depa jumpa balik trek tram zaman kolonial kt penang road

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 03:50 PM | Show all posts
selayaknya lah.... lantik yg betul2 ahli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2024 04:05 PM | Show all posts
Edited by shamsadis at 15-8-2024 04:07 PM

kang aku kena saman kalau tak edit dituduh pembuli siber. komen asal didelete.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 04:06 PM | Show all posts
shamsadis replied at 15-8-2024 08:05 AM
Malaysia ni kalau lantik mesti jenis dinosor  pakai kabel, jenis nenek2 jaga cucu dia lantik, ...

yg ni sokan..memang la kabel kelaut..
DBKL ni mayor dia ada background perancang bandar..
memang sesuai sangat2 la jadi Datuk Bandar...
background nenek ni pun bukan calang2 yer
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 15-8-2024 12:37 PM
boleh ke beliau mengawal taiko2 yg ada kt kl ni?
boleh ke beliau bersihkan balik kl tu dari pati yg  ...

Taiko2 ni selalunya ada kaitan kuasa politik.menteri wilayah pun pompuan jugak.elok je ambush sana sini sejak acik leha jadi menteri.tapiii...sustain ke idok tak tau le pulop
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 15-8-2024 04:05 PM
kang aku kena saman kalau tak edit dituduh pembuli siber. komen asal didelete.

Ko bukan saja pembuli tapi sexist.booo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.079691 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list