View: 19524|Reply: 19
|
Kebergantungan Kepada Kuda Tua Punca Malaysia Gagal Raih Emas Di Olimpik - Penganalisis Sukan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Kebergantungan kepada atlet lama atau ‘kuda tua’ antara punca Malaysia masih kempunan untuk meraih pingat emas pertama di temasya Olimpik.
Pemerhati sukan Asan Ahmad berpandangan skrip itu masih tidak berubah apabila kontinjen negara masih memerah kudrat ‘orang lama’ bagi merealisasikan impian untuk meraih pingat emas pada edisi Paris 2024.
Beliau berkata senario itu perlu diubah dengan persatuan-persatuan mewujudkan satu program yang berkesan dalam melahirkan bakat-bakat baharu dalam sukan masing-masing.
“Pada pandangan saya, kita masih gagal untuk dapat pingat emas di Olimpik kerana kita gagal lahirkan atlet baharu yang berpotensi untuk sumbang pingat emas. Kita masih bergantung kepada atlet lama untuk sumbangkan pingat.
“Boleh bayangkan atlet seperti Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang semakin dimamah usia masih diberi kepercayaan untuk bertanding di pentas Olimpik. Tak salah menyenaraikan dia, tetapi dia harus didampingi barisan pelapis.
"Mana atlet-atlet pelapis kita yang lain, dan itu menunjukkan kelemahan program persatuan untuk lahirkan atlet-atlet berbakat. Kita dah tak boleh bergantung dengan Azizulhasni selamanya. Harus ada lebih ramai pelapis,” katanya kepada Bernama.
Terdahulu Malaysia menamatkan kempen Olimpik Paris 2024 dengan dua gangsa melalui sukan badminton masing-masing menerusi beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia.
Bagaimanapun, pencapaian itu dilihat masih kurang memuaskan berbanding edisi lalu apabila meraih satu pingat perak menerusi sukan berbasikal trek dalam acara keirin oleh Mohd Azizulhasni dan pingat gangsa acara badminton beregu lelaki, Aaron-Wooi Yik.
Dalam pada itu, Asan berpandangan sudah tiba masanya untuk tampuk kepimpinan persatuan sukan yang gagal di pentas Olimpik dirombak bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk menerajuinya.
“Satu lagi punca kita gagal membawa pulang pingat emas adalah kita memberi kepercayaan kepada orang sama, walhalnya mereka ini gagal untuk membawa sukan itu ke tempat lebih tinggi dalam temasya sebelumnya dan juga persatuan yang mereka pimpin.
“Kita mesti memilih orang yang tepat untuk melakukan perkara yang betul. Kalau ambil orang yang salah, sampai bila pun kita akan mengulangi benda yang salah,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berpandangan sudah tiba masanya untuk Malaysia meneroka sukan lain berbanding hanya fokus kepada sukan popular.
Beliau yang juga pemerhati sukan berpandangan Malaysia perlu menjadikan negara jiran seperti Indonesia sebagai contoh apabila memecahkan tradisi pingat emas yang kebiasaannya didominasi oleh sukan badminton di temasya Olimpik dengan membawa pulang pingat emas menerusi acara panjat dinding dan angkat berat di Paris 2024.
“Kita tak payah pergi jauh dan jadikan Indonesia sebagai contoh. Olimpik ini mereka tak dapat emas dalam acara badminton tetapi angkat berat dan panjat dinding.
“Kita juga boleh teroka sukan-sukan berpotensi raih pingat emas seperti kanu dan kayak kerana kita ada atlet-atlet berbakat dan kemudahan yang bagus. Sukan ini tak tertumpu kepada aspek fizikal tetapi kepada teknologi perkakasan sukan itu,” katanya.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu.
Malaysia juga dipimpin oleh politikus-politikus tua. |
|
|
|
|
|
|
|
harap kat org2 lama, sukan2 tertentu...memang x kan merasa la emas...kepimpinan pun muka2 lama..org2 tua bau tanah....
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga kita dapat lahirkan pejuang2 baru di usia yang muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
masalah dinosaur yang menjatuhkan negara ni memang barah, kanser kat mana-mana
tak boleh pakai langsung. tapi tetap la nak pegang jawatan tinggi. atas lesen senior dan veteran. tapi takde skill langsung
bakat muda ada, tapi semua tanak duduk bawah dinosaur. takde masa depan
|
|
|
|
|
|
|
|
Penganalisis sukan konon. Ckp senang la. Bila srh buat hauk jgk.
Cthnya da ada dpn mata. Semua org kenal dgn menteri sinchan kita |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sukan sahaja, pentadbiran negara pun banyak kuda tua yg enggan meninggal dunia...liat sungguh nak lepas jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
betul je apa yg dikomen..masalahnya, dan bukan perkara baru pun apa yg dikomen ni tak pernah ditanya oleh yg berada di pengurusan tertinggi pun.diorg tak pandang pun pada yg betul2 berkaliber dan berpengetahuan dari diorg ni. ada aku kisah korang ni pakar ke tidak. yg penting dana dpt dicilok utk tembolok masing2 dan berdeligasi ke hulur ke hilir ye. |
|
|
|
|
|
|
|
kay malaysia ni banyak isu pilih bulu, berkasta, double standard etc...mana nak dpt emas... |
|
|
|
|
|
|
|
sblm kuda2 tua ni tua, dorg pun start muda2 belia jgk di olimpik
masa awal2 lagi lah...
1 pingat pun xdpt
they grow & become better and better
penyertaan ke 2, ke 3 camtu baru la berhasil pingat
wlu bukan emas
tp tu lah, tak nafi
obviously msia perlukan formula baru utk produced atlit yg blh score emas
fokus kt sukan lain jgk, yg bajet tak tinggi
list sukan utk la28 dgn melbourne32 rsnya dh complete
blh fokus utk jana atlit2 baru dah
yg mn dh ada, upgrade lg skil
yg mn belum, keep on searching & guide to become a winner
geetuhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntahh..
Dah datuk pon nak main lagi..
Bagi laaa kat cucu cicit..
Nyampahh..sket² datuk-sket² datuk. Macam laa dgn datuk tu lehh dapat pingat.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah pangkat2 nama datuk ni xyahlah main lagi dah tua
kalau yg pangkat abang ok lah.. kt sarawak byk abg abg |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 15-8-2024 05:22 PM
sblm kuda2 tua ni tua, dorg pun start muda2 belia jgk di olimpik
masa awal2 lagi lah...
1 pingat pun ...
FORMULA baru??? Ni kena tanya RAJA FORMULA..ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg muda2 tak train ka? Tak cukup baguih ka?
Hat sukan yg murmur takleh hantaq wakil ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia org gi sana guna duit income tax yang netizen bayar tuu kerr..? Tanya jee. |
|
|
|
|
|
|
|
Kudaku lari gagah berani.
|
|
|
|
|
|
|
|
Politik ada saka, sukan ada saka… jd budaya! Budaya tak reti cukup!
Dah kaya nak kaya lagi… yahudi pun gelak jenis semua nak sauk! |
|
|
|
|
|
|
|
Ketidakstabilan politik punca jatuh bangun sesuatu institusi tu, bukan kuda tua kuda muda, messi tu muda sgt ker, djokovic tu muda ker, atlet gimnas american black yg sapu emas olimpik tu muda lagi ke... |
|
|
|
|
|
|
| |
|