|
Kerajaan sedang merangka undang-undang untuk mengenakan denda ke atas lelaki yang memasuki gerabak merah jambu yang dikhaskan untuk penumpang wanita dalam pengangkutan awam, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Memetik Free Malaysia Today penyedia perkhidmatan komuter seperti KTMB dan MRT telah diminta untuk meningkatkan pemantauan terhadap gerabak wanita berkenaan.
Polis bantuan di stesen kereta api dan MRT juga akan lebih kerap meronda untuk memastikan lelaki tidak menceroboh gerabak wanita.
“Kami sedang merangka peraturan untuk mengenakan denda. Buat masa ini, tiada peraturan kita boleh mendenda lelaki yang mengabaikan gerabak wanita yang ditetapkan,” katanya dalam satu sidang media.
Anthony Loke berkata lelaki harus menghormati gerabak wanita ini, yang membolehkan penumpang wanita melakukan perjalanan dengan selamat dan selesa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|