CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53561|Reply: 0

[Johor] Polis keluar saman potong barisan

[Copy link]
Post time 16-8-2024 12:02 AM | Show all posts |Read mode

Polis mengeluarkan lapan saman ke atas pemandu jalan raya yang bertindak memotong barisan di sepanjang susur 10, Jalan Tebrau menghala Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, semalam. FOTO IHSAN POLIS
Johor Bahru: Polis mengeluarkan lapan saman ke atas pemandu jalan raya yang bertindak memotong barisan di sepanjang susur 10, Jalan Tebrau menghala Jalan Lingkaran Dalam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya turut dalam usaha mengesan beberapa lagi pemandu kereta yang dikesan memotong barisan berdasarkan rakaman video dikongsi pengguna jalan raya yang lain.

"Semalam, antara 8 pagi hingga 8.30 malam, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengeluarkan lapan saman Pol 257 atas kesalahan memotong barisan.

"Selain itu, tindakan mengesan pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan potong barisan, sebagaimana dalam video tular juga sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, beberapa video dikongsi pengguna jalan raya menunjukkan tindakan beberapa pemandu yang memotong barisan ketika banyak kenderaan lain sedang berhenti di lampu isyarat dekat lokasi berkenaan.

Laluan yang terletak tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu, sering kali berlaku kesesakan lalu lintas kerana terdapat lampu isyarat dan ditambah dengan tindakan segelintir pengguna jalan raya yang memotong barisan menjadikan lalu lintas bergerak perlahan.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.045584 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list