View: 44904|Reply: 49
|
Penerbangan Bawa 40 Warga Palestin Cedera Selamat Berlepas ke Malaysia
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza selamat berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Nasr memberitahu Bernama bahawa dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur.
"Semoga mereka selamat dalam perjalanan ke Malaysia," katanya.
Kedua-dua pesawat dan pesakit dijadualkan tiba di Malaysia pada pagi Jumaat.
Warga Palestin yang cedera dan kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital di Mesir, mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk kecederaan tulang dan melecur.
Terdahulu, Nasr berkata pesakit itu akan menerima rawatan di hospital-hospital yang ditetapkan oleh Malaysia.
Beliau berkata pemilihan 40 warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini adalah usaha yang diselaraskan melibatkan pelbagai pihak yang bekerjasama untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri Anwar," katanya sambil memberi jaminan komitmen untuk meneruskan usaha mereka dengan kerjasama Malaysia.
Pada 4 Ogos lepas, Anwar mengumumkan bahawa Malaysia akan membantu merawat warga Palestin yang cedera dengan membawa mereka ke Malaysia.
Menurut Nasr, Mesir kini menempatkan lebih 70,000 warga Palestin di 40 hospital.
Beliau memberi jaminan bahawa Mesir akan terus memberi sokongan terhadap sebarang permintaan masa depan dari Malaysia.
"Kami akan meneruskan bantuan ini, apa sahaja yang diminta oleh Malaysia pada masa hadapan," katanya.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Khamis mengesahkan bilangan kematian warga Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lepas telah meningkat kepada 40,005 orang dengan tambahan 92,401 individu cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zuriey at 16-8-2024 08:41 AM
Ok diorng dilonggok kan di mana
Org malaysia sendiri nak masuk wad kena tunggu 24-72jam !
Katil tak de
Doktor2 malaysia pun mcm happy duorng di bawa masuk
Wah kemain ko happy nak rawat rakyat palestin tapi dgn rakyat sendiri mcm2 sumpah seranah ko hembur
Tak de pula ko merempan penat |
|
|
|
|
|
|
|
Cara nak habiskan duit tax payers. Rakyat sendiri pun susah nk dptkan rawatan ada hati nak bantu rakyat negara lain. nak bantu palestine tp rakyat sendiri melarat. satu pembaziran. |
|
|
|
|
|
|
|
Kos rawatan Malaysia tanggung ke camne?
Jauh2 hantar dekat2 arab sana xde ke???
Pelik2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat sendiri ramai yg susah nk dptkan rawatan...hospital sentiasa penuh sampai tunggu berbulan2 utk operate... |
|
|
|
|
|
|
|
bawak laaa medical teammmm p sanaaaa. ni brpa trip niii nak mai bawak siniii... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga mereka dapatkan rawatan yang sebaiknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Guna duit taxpayers msia ke nak rawat pak ereb...hareiii |
|
|
|
|
|
|
|
ada pon tred pasal ni..terpaling betul la madanon semata nak gulakan hati rakyat melayu terpaling palestin
dah la guna tax payer money, bawak 40 orang, yang beratus ribu lagi cedera tu nak ulang alik bawak datang jugak ke..lepas dah rawat dapat status PR pulak..ngam! |
|
|
|
|
|
|
|
plus 80 org sedara mara
padan la smpi 2 kapal terbang
dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur.
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 16-8-2024 04:12 PM
plus 80 org sedara mara
padan la smpi 2 kapal terbang
so dah 80 orang bakalan dapat PR kat malaysia..bila second round pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Glass_shoes replied at 16-8-2024 09:00 AM
Lepas rawat duduk mana?
Dok malaysia jual kunafa lah sis |
|
|
|
|
|
|
|
yang cedera 40 jah..
yang lagi 80 tu kau nak himpun kat mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Definasi cedera tu ape sebenarnye... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tenguk kat TT tadi..
ermm yg sakit nya tak berapa orang pun
Yg datang pun semua elok je ada hfon, baju kasut pun nampak baru.
ermmmm tulis lebih2 kan sat gi kena kecam pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 16-8-2024 06:07 PM
Ada tenguk kat TT tadi..
ermm yg sakit nya tak berapa orang pun
Yg datang pun semua elok je ada hfon ...
yes correct. baju bersih semua bukan kepam2 mangsa perang |
|
|
|
|
|
|
|
azahan replied at 16-8-2024 10:19 AM
yes correct. baju bersih semua bukan kepam2 mangsa perang
Kan betul kan
Mcm penduduk T20 aje, bukan penduduk penempatan khemah perang.
Ada lelaki sorg tu bertongkat, sihat walafiat baju pun kemas bersih.
Terpaling Palestin sangat ,memasing dok sebak2..
ujung2 kena scam |
|
|
|
|
|
|
| |
|