View: 56428|Reply: 28
|
Penguat kuasa DBKL didakwa lindungi premis Ali-Baba, dituduh menerima wang daripada peniaga Pasar Harian Selayang
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM13,000 terhadap seorang pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas lima pertuduhan bagi melindungi premis yang menggunakan lesen Ali Baba.
Tertuduh, Syahrul Riza Md Yusof, 42, mengaku bersalah atas lima pertuduhan mendapatkan wang bernilai RM1,200 di Pasar Harian Selayang, di sini, antara 27 Disember 2022 hingga 20 Jun 2023.
Pengakuan itu dibuat tertuduh di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi dengan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras.
Selepas membuat pengakuan itu, Syahrul Riza yang berpendapatan RM3,000 sebulan memohon pertimbangan mahkamah bagi meringankan hukumannya kerana menanggung dua anak dan menjaga ibu bapa serta komitmen pinjaman bank.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat dan tanda mahkamah serius membanteras rasuah daripada menjadi barah.
Hakim kemudian memutuskan tertuduh bersalah dengan setiap empat pertuduhan didenda RM2,500 atau hukuman penjara enam bulan, manakala RM3,000 atau lima bulan penjara bagi satu lagi pertuduhan.
Bagi pertuduhan satu hingga tiga pula, Azura mempertimbang tuduhan itu sebagai 'take into consideration' mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Sementara itu dalam prosiding di mahkamah sesyen berlainan, dua lagi pembantu penguat kuasa DBKL mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membabitkan kes sama di depan Hakim Suzana Hussin.
Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Atiqah Ab Razak.
Muhammad Syawal Riezqan Jauhar, 28, mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan menerima wang bernilai RM4,800 daripada seorang individu di Pasar Harian Selayang di sini, di antara 26 Oktober 2022 hingga 15 Ogos 2023.
Mahkamah menetapkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur, menyerahkan pasport serta tidak menganggu atau berhubung dengan saksi sehingga perbicaraan selesai.
Sementara itu, Amran Mat Dali, 45, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima RM100 daripada individu sama di tempat sama antara 10.30 malam, 19 April 2023.
Atiqah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah serta dilarang menghampiri saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.
Bagaimanapun, peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim memohon jaminan dikurangkan paling minimum dengan alasan anak guamnya berpendapatan RM3,500 selain menyara isteri dan tiga anak masih bersekolah serta bapanya yang berusia 70 tahun.
Hakim kemudiannya memutuskan denda RM5,000 dengan seorang penjamin serta tiga syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 18 dan 19 September ini masing-masing untuk sebutan semula kes Amran serta Muhammad Syawal.
Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
patut la x penah selesai aduan awam. hari ini angkut esok pulangkan balik barang. |
|
|
|
|
|
|
|
semua org tau la benda ni. its an open secret, tapi tindakan tiada. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu yg jenis gini, kt opis dia lah sembang paling gud skali. ugama ke,sedekah ke, ape ke smua dia top sbb tu aku murah rezeki katanya. iyelahhhhh.. bukan la aiol ckp acik dlm berita ni, tp cerita awam |
|
|
|
|
|
|
|
rEZEKI TAK BERKAT .. mohon kene gelek ngan bas RapidKL |
|
|
|
|
|
|
|
Well...... Pembantu aje tuh
Lom officers ataih² lagii..
Wayang sgtsss |
|
|
|
|
|
|
|
"Tapi kami bukannya beli makanan utk anak bini di rumah."
-Achmad (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang penerima imbuhan penggalak secara berkala. |
|
|
|
|
|
|
|
open secret dah benda2 gini..siapa yg selalu deal dgn agensi kerajaan, tau la betapa duit kopi mampu selesaikan apa2 masalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga muka muka pengkhianat Negara Malaysia ni dan kuam family dan sahabat handai yang terlibat sbb sangup makan duit hasil haramwalaupun tahu sumber haram mcm ni dilakhnat. Amin
Sakit pulok hati aku nii.............
|
|
|
|
|
|
|
|
"MALAYSIA VOLE la abang,kaka"-ROHINGYA tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkinkah akan ada lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm jangan sekadar nak show je.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 semua sama aje... opiser makan suap. setakat seribu dua tu amik rasuah, tak berbaloi sekeluarga dapat malu.
iols ada report kes orang meniaga tepi jalan kat MBJB sampai ke sudah masih lagi meniaga. Bukan nak sekat rezeki orang tapi bila dia meniaga kat bahu jalan, lori besar2 dan kenderaan lain yang berhenti nak membeli tu akan stop kat tengah jalan. Bayangkan turun bukit nak masuk simpang lepas tu ada lori parking sebab nak beli kuih, kan bahaya.
Otak depa ni letak kat lutut atau depa takde otak...
|
|
|
|
|
|
|
|
geng pengkhianat negara. semoga geng2 ni sentiasa panas di dunia dan di akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga orang-orang yang tak amanah mcm ni dikenakan tindakan yang sesuai dan dinyahkan terus dari kerja di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
yang menerima rasuah dan kegiatan haram
sehingga menjejaskan masyarakat setempat, orang awam dan sekeliling, harap menerima balasan setimpal atau lebih dahsyat
Iols rengsa betul kes rasuah dengan judi ni
diorang punya logik tu, tak masuk akal. budak umo 12 tahun pun boleh properly explain halal haram |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 DBKL ramai tak menjadi...samam mcm anak2 polis |
|
|
|
|
|
|
|
makan rasuah ni memang jelas dan setaraf makan babi jua...
|
|
|
|
|
|
|
|
abg I dulu kerja setahun je dgn DBKL, lepas tu berhenti sbb x tahan tgk bos2 atas songlap duit. zaman BPR lagi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|