View: 63331|Reply: 180
|
TUDM terbangkan 40 warga Palestin cedera dari Mesir ke Malaysia untuk rawatan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza akan diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada malam ini dengan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
Warga Palestin yang cedera dan kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital di Mesir, mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk kecederaan tulang dan melecur.
Duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr memberitahu Bernama, dua pesawat dan pesakit dijadualkan tiba di Malaysia pagi esok.
"Mereka akan menerima rawatan di hospital yang ditetapkan oleh Malaysia," katanya.
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa dua pesawat A-400M milik TUDM telah dihantar ke Mesir untuk membawa warga Palestin yang cedera ke Malaysia untuk rawatan perubatan.
Nasr berkata, pemilihan 40 warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini adalah usaha yang diselaraskan membabitkan pelbagai pihak yang bekerjasama untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri Anwar," katanya sambil memberi jaminan komitmen untuk meneruskan usaha mereka dengan kerjasama Malaysia.
Pada 4 Ogos lalu, Anwar mengumumkan bahawa Malaysia akan membantu merawat warga Palestin yang cedera dengan membawa mereka ke Malaysia.
Menurut laporan media, hampir 40,000 warga Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan lebih 92,000 lagi cedera.
Menurut Nasr, Mesir kini menempatkan lebih 70,000 warga Palestin di 40 hospital.
Beliau memberi jaminan bahawa Mesir akan terus memberi sokongan terhadap sebarang permintaan masa depan dari Malaysia.
"Kami akan meneruskan bantuan ini, apa sahaja yang diminta oleh Malaysia pada masa hadapan," katanya.
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
40 ORANG tu rakyat biasa ke kerabat2 orang kaya sana? yang nak lari tak lepas? |
|
|
|
|
|
|
|
Dh kuor xblk filistin ler dh terrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Baik Malaysia kan
Harap2 mereka dapat rawatan yang terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah welcome to Malaysia.. semoga dapat rawatan yang sepatutnya |
|
|
|
|
|
|
|
Pak menteri dah keluar statement ke justification bawak balik diorg ni? Care for Malaysian first la... |
|
|
|
|
|
|
|
awat jauh benor terbangkan orang sakit... hantar pi Qatar pun boleh, Malaysia tanggung kos rawatan.
PMX ni tak cakna dengan orang dok kempen nak reduce carbon footprint segala bagai ESG apa semua tu? |
|
|
|
|
|
|
|
siapakah yang terpilih? kanak-kanak? ibu mengandung? nak tau jugak, saja nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Niat baik sgt dah bagi pertolong utk yg sakit tapi rakyat sendiri yg sakit kanser 3 jenis tu dah ada yg pergi jenguk & tolong belum??
Jgn jadi kera sgt gomen pun |
|
|
|
|
|
|
|
nazurah: awat jauh benor terbangkan orang sakit... hantar pi Qatar pun boleh, Malaysia tanggung kos rawatan. PMX ni tak cakna dengan orang dok kempen nak reduc ...
Tanggung kos dengan dtg sendiri guna fasiliti bertaraf donia, tak sama Mak Mah weiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat kita dah dpt kemudahan terbaik dah pun. Gi gomen hospital almost x payah byr, kalau gi swasta pulak insurans tanggung, takde insurance ada pulak Pusat Zakat tanggung, NGO2 pun ada. Nak apo lagi? Org Palestin tuh harap belas ihsan org yg kesian je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Ada yg pegi yu es eh jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
tiber memasing berbunyik..tak boikot salah, tolong pun salah..hipokrit sgt ummah malaya ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
utamakan kaum wanita la utk bawak malaysia..
yg muda2 yatim piatu stay sini..bagi peluang kawin org sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kt malaysia kena tunggu berminggu2 baru bleh bedah..baru dpt wad.. |
|
|
|
|
|
|
|
Negara Arab yg kaya raya tu x nk ke ambil... |
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 16-8-2024 01:40 PM
Kt malaysia kena tunggu berminggu2 baru bleh bedah..baru dpt wad..
Entahlah...nanti boleh menetap terus sini kut |
|
|
|
|
|
|
|
Niat mmg baik. Tapi ada cara yg lebih baik n efisien. Buka je field hospital msia kat mesir hantar doktor2 volunteer ni...kat msia ni setiap hospital gomen katil dah x cukup untuk tampung rakyat sendiri...x caya p la tanya kat emergency tu. Org Palestine ni diorg nak letak kat mana plak...klau rawat kat mesir lagi ramai rakyat Palestine boleh dibantu bukan setakat 40 org ni je |
|
|
|
|
|
|
|
Ada baca tadi katanya akan dirawat di hospital tentera kat wangsa maju |
|
|
|
|
|
|
|
diorg neh takdepun letak hospital biasa.sbb yg bawak pun tudm.hospital tentera sesak ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|