CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39588|Reply: 19

[Politik] PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,372 undi

[Copy link]
Post time 17-8-2024 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 17-8-2024 09:01 PM

TERKINI

[TIDAK RASMI] PRK DUN Nenggiri: BN menang, majoriti lebih 3,000

Oleh KOSMO!

17 Ogos 2024, 8:05 pm






CALON BN, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani bersama isterinya setelah selesai mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Pusat Mengundi di Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama, Gua Musang di sini hari ini.- KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN


GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) di ambang kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selepas mendahului dengan majoriti 3,026 undi.

Calon BN, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 8,202 undi manakala PN yang diwakili, Mohd. Rizwadi Ismail sebanyak 5,176 undi.


PN hanya menang di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) manakala 17 PDM memihak kepada BN.


Dalam pada itu, melalui siaran langsung di Facebook Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memaparkan penyokong bersorak selepas BN meninggalkan PN dengan majoriti selesa iaitu lebih 3,000 undi setakat pukul 8 malam. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/08 ... ajoriti-lebih-3000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2024 08:29 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 17-8-2024 08:42 PM

NASIONAL
TERKINI

PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,372 undi

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Paya Linda Yahya

Ogos 17, 2024 @ 6:48pm

[email protected]



Barisan Nasional secara tidak rasmi malam ini merampas kembali kerusi DUN Nenggiri dalam PRK kawasan itu. - Foto Facebook Tengku Razaleigh Hamzah


PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).





8.12 malam: Selepas semua 20 PDM dikira, BN meraih 9,112 manakala PAS mendapat 5,741 undi sekali gus BN meraih majoriti lebih besar 3,372 undi.



Keputusan tidak rasmi PRK Nenggiri.


8.06 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 8,969 undi berbanding PAS 5,566 undi. Daripada 20 PDM, 17 dimenangi BN, dua dimenangi PAS

8 malam: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail. BN mendahului dengan majoriti besar 3,026 undi selepas meraih 8,202 undi berbanding PAS 5,176 undi.

Daripada 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) , 17 PDM sudah selesai pengiraan dengan 15 PDM dimenangi BN. Hanya dua PDM dimenangi PAS setakat ini.

7.47 malam: TIDAK RASMI: Berbaki tiga daripada 20 PDM belum selesai proses pengiraan.


7.45 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 8,202 undi berbanding PAS 5,176 undi. BN menang dengan majoriti 3,026 undi.

7.36 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului 7,931 undi berbanding PAS 5,067 undi. 14 PDM dimenangi BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS.


7.36 malam: TIDAK RASMI: 12 PDM ditawan BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS. Enam PDM masih dalam proses pengiraan.

7.34 malam: TIDAK RASMI / BN mendahului dengan 7,115 undi berbanding PAS 4,431 undi. BN mendapati majoriti 2,857 undi

Suasana di pusat operasi  BN di Gua Musang.
Suasana di pusat operasi  BN di Gua Musang.
7.30 malam: TIDAK RASMI: 12 PDM dimenangi BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS setakat jam 7.30 malam. Hanya 6 PDM yang belum selesai pengiraan undi.



Keputusan tidak rasmi PRK Nenggiri setakat jam 7.26 malam.


7.25 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 6,911 undi berbanding PAS 4,109 undi. Setakat jam 7.25 malam, 11 PDM dimenangi BN, 2 PDM dimenangi PAS.


7.18 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan majoriti 2,763 undi.

7.17 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 6,305 undi berbanding PAS 3,635 undi sehingga jam 7.15 petang. Sehingga kini 11 PDM dimenangi BN dan satu dimenangi PAS.

7.15 malam: TIDAK RASMI: PDM KESEDAR Limau Kasturi menjadi PDM pertama yang dimenangi PAS.

7.14 malam: TIDAK RASMI: Sembilan PDM yang dimenangi BN adalah Tohoi, Sungai Wias, Kuala Sungai, Serian, Pos Simpor, Sungai Puian, Bertam Baru, Star, Sungai Jenera.

7 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 3,447 undi berbanding PAS 1,490 undi. Hingga kini 7 daripada 20 PDM dimenangi BN



Keputusan tidak rasmi PRK Nenggiri.


6.40 petang: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 2,278 undi berbanding PAS 597 undi setakat jam 6.40 petang ini. Tujuh daripada 20 PDM dimenangi BN setakat ini

6.36 petang: Tidak rasmi - BN mendahului dengan 1,592 undi

Barisan Nasional (BN) menang di enam pusat daerah mengundi (PDM) yang ditutup awal pada Pilihan Raya Kecil (PRN) DUN Nenggiri.

Enam PDM terbabit adalah Tohoi, Sungai Puian, Kuala Sungai, Sungai Jenera, Pos Simpor dan Pos Sungai Wias.Kemenangan di enam PDM itu dengan majoriti 1,592 undi.



Pengarah Operasi PRK Nenggiri Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa.


6.20 petang: Pemimpin PN, Tan Sri Annuar Musa membayangkan persaingan sengit dengan kemungkinan undi untuk gabungan itu merosot.

Dalam satu hantaran di Facebook, Annuar mendakwa lebih 2,000 pengundi PN tidak keluar mengundi "gara-gara tempias berita pihak lain mendapat duit."

Pun begitu Annuar tidak menjelaskan kaitan antara perkara ini.

Pemimpin PAS itu juga mendakwa peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi pada hari ini mungkin memberi kelebihan kepada BN.



Petugas SPR menutup pagar Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Renok Baru tepat jam 6 petang tadi selepas tamat waktu mengundi. - Foto BERNAMA


6 petang: Semua 20 pusat pengundian

PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, calon BN Ab Aziz Yusoff tewas kepada Mohd Azizi yang bertanding di bawah tiket PAS mewakili PN dengan majoriti 810 undi.


https://www.bharian.com.my/berit ... riti-3372%C2%A0undi


  
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyum leborrr wak jahid
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
yg menang hrp dpt tunaikan janji sblum prk. berpenggal2 dah pru, mesin atm bru dpt. nk ubah wajah baru nenggiri dlm masa setahun, nk bg hadiah kpd 68 kampung org asli. hrp smua
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup pekembar!

Nengiri masa lemah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2024 10:24 PM | Show all posts
PN kalah di Nenggiri, prestasi terburuk dalam PRK

https://m.malaysiakini.com/news/715983

Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan:  Aug 17, 2024 10:08 PM
Dikemaskini: 10:18 PM







Kekalahan PN di Nenggiri merupakan prestasi terburuk gabungan itu dalam pilihan raya kecil (PRK) sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, walaupun tewas dalam PRK seperti di Pulai dan Simpang Jeram, PN berjaya meningkatkan atau mengekalkan peratusan undi mereka.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Nenggiri.

Berdasarkan keputusan rasmi, peratusan undi PN di kerusi tersebut merosot daripada 53.3 peratus tahun lalu kepada 38.7 peratus.

Jumlah undi yang diterima juga menurun daripada 6,517 undi kepada 5,739 undi.

Pengarah operasi pilihan raya PN untuk Nenggiri, Annuar Musa, mendakwa lebih daripada 2,000 penyokong PN tidak keluar mengundi kerana BN telah 'membeli undi'.



Namun, dia tidak menjelaskan kaitan antara kedua-dua dakwaan tersebut.

Peningkatan kehadiran pengundi dan keputusan di pusat daerah mengundi (PDM) juga menunjukkan terdapat peralihan undi kepada BN.

Berbanding pilihan raya negeri tahun lalu, PRK kali ini hanya terdapat penambahan 40 pengundi berdaftar.

Namun, kadar keluar mengundi kali ini jauh lebih tinggi iaitu 73.9 peratus berbanding 61 peratus tahun lalu.

Peratusan undi BN juga meningkat kepada 61.3 peratus berbanding 46.7 peratus, manakala jumlah undi yang diterima juga meningkat 3,384 undi kepada 9,091 undi.

Ini dapat dilihat berdasarkan keputusan di PDM, di mana BN menang 17 daripada 20 PDM, berbanding hanya tujuh PDM tahun lalu.

Meskipun tewas di PDM Ladang SEDC, Kesedar Limau Kasturi dan Pasir Tumboh, BN berjaya mengurangkan majoriti PN daripada tiga angka di setiap PDM kepada dua angka.

Sebab sokongan beralih

Kemenangan BN di Nenggiri adalah kali pertama sejak PRU15 selepas kerusi itu bertukar tangan.

Apa sebenarnya yang mendorong peralihan sokongan kepada BN masih belum jelas buat masa ini.

Salah satu sebab yang disebut-sebut ialah kemungkinan ada tindakan boikot daripada Bersatu.

Nenggiri secara rasmi ditandingi oleh Bersatu, tetapi calon yang bertanding, Mohd Rizwadi Ismail adalah dari PAS dan diumumkan dua hari sebelum hari penamaan calon - manakala calon-calon yang dicadangkan oleh Bersatu telah diketepikan.



Namun, antara perkembangan penting semasa tempoh berkempen adalah pengumuman Kementerian Kewangan bahawa Nenggiri bakal menerima mesin ATM.

Pada masa ini, penduduk di Nenggiri terpaksa berjalan sejauh 50km ke bandar Gua Musang untuk mengeluarkan wang daripada ATM.

Sementara itu, kerajaan pada Jumaat lalu mengumumkan skim kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Ini juga merupakan PRK pertama di mana DAP - musuh lama Umno yang kini menjadi sekutu - tidak terlibat dalam kempen.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 11:00 PM | Show all posts
PN kalah teruk di kawasan orang asli!

Cashhh sebab ditolak habis oleh orang asli!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2024 11:12 PM | Show all posts
Orix replied at 17-8-2024 01:06 PM
Senyum leborrr wak jahid

janji mesin ATM pun boleh menang
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pengundi luar tak balik kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pengundi luar pulang mengundi, haruslah pangkah bulan demi mengekalkan kedesaan dan suasana kampong nan permai utk kami pencen di kampong dengan aman, dan sambung semula perjalanan pulang ke negeri DAP sebab esok kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 12:25 AM | Show all posts
Dlm pertandingan, adatlah kalah dn menang.  
Bila menang Alhamdulillah tapi ada amanah yg wajib ditunaikan. Yg kalah jgn gundah,  semoga pasrah kerana itu adalah taqdir yg tak boleh disanggah. Selamat kpd semua, semoga ada perubahan menuju sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 12:30 AM | Show all posts
baguslah menang nanti umngok  riak dan lupa diri  claim org melayu sokong umngok balik.pastu akmal  memekak dan mencerca balik pasal ph,dap,bebaskan najib.bn x patut kautim kerusi dgn ph pru nanti yadayada.tapi semua ni lps prk mahkota laa kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedey nye.. nak PAS menang supaya makin mundur serambi mandi lanjei itew
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpelik pon sbb situ mmg kubu kuat umnogokk..tp calon yg menang tu herloknyehhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengah bulan.. mitsui pun tadak org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
DeluluMelulu replied at 17-8-2024 11:00 PM
PN kalah teruk di kawasan orang asli!

Cashhh sebab ditolak habis oleh orang asli!

Pas mmg ada rekod buruk dengan orang asli. Tunggu sama ada lebai pas akan melabel mereka pakai cawat tak reti mengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawo bini tu..suami tu harap bersiap elok sikit bg sekufu dgn bini
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 18-8-2024 12:57 AM
Xpelik pon sbb situ mmg kubu kuat umnogokk..tp calon yg menang tu herloknyehhh

Kalau kubu kuat kenapa Hari tu Pas bersatu menang asalnya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:47 AM | Show all posts
ultra78 replied at 18-8-2024 07:45 AM
Pas mmg ada rekod buruk dengan orang asli. Tunggu sama ada lebai pas akan melabel mereka pakai caw ...

Parti yang satu tu memang gitu, sesama Islam sendiri walau berlainan parti pun ditempik masuk nurraker bila tak sokong parti tu.
Dahlah penyokong taksub giler

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057295 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list