View: 35865|Reply: 22
|
[Tempatan]
Lawatan Rasmi Putera Mahkota Brunei
[Copy link]
|
|
Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah diiringi isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berjalan melepasi kawalan kehormatan setempat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) sebaik tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pada Sabtu. Foto - Bernama
SUBANG JAYA - Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 21 Ogos.
Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 11.50 pagi, diiringi isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
Turut mengiringi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad serta pegawai-pegawai kanan dari negara itu.
Ketibaan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan delegasi Brunei itu disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Putera Mahkota Brunei kemudian berjalan melepasi kawalan kehormatan setempat terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.
Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, disusuli Majlis Santapan bagi meraikan delegasi Brunei.
Putera Mahkota Brunei turut dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Pada 2023, Brunei merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak AS$2.04 bilion (RM9.31 bilion). - Bernama |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah"
So nama dia apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
nama heshe ialah Al-Muhtadee Billah ibni Hassanal Bolkiah. Macam pelik ye nama heols, nak panggil apa Billah? billah billah meh sini jap gitu ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Really? Kalau raja2 Malaya frasa 'Al-Baqarah wal ummah' tu biasa gelaran di hujung nama. Depan2 tetap ada nama biasa2 macam melayu lain juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-8-2024 07:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bila kawin dgn orag lawa dia nmpk xhnsem.. |
|
|
|
|
|
|
|
bini dia lawa. nk ropa kristine hermosa pon ade |
|
|
|
|
|
|
|
Anak no3 tu comel, yang tu nampak banyak ikut muka wife. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu fikir, kaya2 gini apa je masalah yang dorang ada? |
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 18-8-2024 08:15 PM
selalu fikir, kaya2 gini apa je masalah yang dorang ada?
masalah nak habiskan rete |
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 18-8-2024 08:15 PM
selalu fikir, kaya2 gini apa je masalah yang dorang ada?
mcm xde.mslh je kn..mayb akan rasa kosong..xtau apa nak?
tp i kalau kaya mcm meka ni i xkn sedih,risau apa semua dh..enjoy je la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Paipas makin tua makin lawa uolssssss
Body maintainnnnn ja dari zaman anak daraaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
billy lah
ape lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu waktu mazwin kawen dgn adik sotan, ada repoter tulis sorang kerabat Brunei selamba je bli jam tangan rega $700k...nk bygkn betapa kayanya keluarga diraja Brunei tp rakyat sndri dijamu roti berkulat....bkn aku kata tp komen2 netizen masa majlis kawen Putra kusam dgn senah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia sebelah i i panggil dia bro je.
|
|
|
|
|
|
|
|
kaya raja tak sama dengan kaya org perniagaan.
kaya perniagaan tiada protokol kena ikut. baju apa kereta apa.
raja kalau duit takde sekalipun kena ikut protokol. kereta kalis peluru.
kadang dalam negara xde wang tu pun gila jugak nak rampas kuasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
haritu ada org Brunei cakap Muhtadee nak naik takhta dah ganti bapak nya. kata tahun ni. takda detail news ke eh |
|
|
|
|
|
|
|
manusia mana pernah puas. bagi satu nak dua, bagi dua nak tiga.
sebab tu kadang2 macam nak percaya je orang kaya melampau ni terlibat dengan ritual setan makan budak semua sebab hidup dah terlalu bosan
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rela je naik kereta kalis peluru dan kalau kena pakai seluar dalam kalis peluru pun sanggup daripada bersesak2 naik lrt dengan ketiak masam memasing atau naik kereta hadap jem dengan driver yang bawak kereta motor lori macam tak pakai akal.
hidup ini keras dan banyak masalah boleh settle dengan duit.
hidup dalam ketakutan berduit lain daripada duit dalam ketakutan tak berduit.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|