CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31485|Reply: 21

[Jenayah] 'Hantu' sergah pengguna jalan raya akhirnya dicekup

[Copy link]
Post time 18-8-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Video tular di media sosial yang memaparkan kejadian suspek yang menyamar hantu dan bertindak menyergah kenderaan awam di tepi Jalan Austin Heights.

JOHOR BAHRU: Orang ramai yang melalui Jalan Austin Heights Utama di sini, tidak perlu lagi khuatir dengan sergahan daripada ‘hantu’ di laluan berkenaan apabila wanita yang menyamar sebagai hantu di laluan berkenaan berjaya dicekup polis pada malam Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, wanita berusia 31 tahun itu ditahan oleh unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Setia Indah, sekitar jam 10.51 malam hasil maklumat yang diterima daripada orang ramai.

“Pada 27 Julai lalu, sekitar jam 12.30 tengah hari, IPD Johor Bahru Selatan telah menerima satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian seorang individu wanita (menyamar hantu) bertindak menyergah kenderaan awam di tepi Jalan Austin Heights.


“Suspek berusia 31 tahun itu kemudiannya berjaya dikesan dan ditahan polis. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kes jenayah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dihukum denda RM1,000 pada 27 Jun 2018.

“Bagaimanapun, hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif daripada pengaruh dadah,” katanya.

Hasil siasatan mendapati modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menendang kenderaan yang melalui Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru dengan tujuan untuk mengakibatkan kemalangan terhadap dirinya dan kemudiannya memeras wang daripada orang yang melanggarnya.

Semakan rekod perubatan mendapati, pada 2022 dan 2023, suspek telah dimasukkan ke zon kuning, Hospital Sultan Ismail (HIS), Johor Bahru disebabkan terlibat dalam kemalangan dan mengalami kemurungan.

Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut dan pada Ahad, suspek dibawa ke HIS bagi pemeriksaan kesihatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM10,000 atau dengan kedua-duanya.

Kes ini juga boleh disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987 yang memperuntukkan kesalahan kepada pejalan kaki yang tidak menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan.

Selain itu, kes boleh juga disiasat di bawah Peruntukan 23, Peraturan-Peraturan Lalu Lintas1959 yang memperuntukkan tanggungjawab pejalan kaki untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan mengganggu laluan kenderaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda atau amaran. - Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp dlm gmbr tu 2 orag?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahathirina replied at 18-8-2024 07:03 PM
Knp dlm gmbr tu 2 orag?

sebelum dan selepas jadi 'hantu'.......kot.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 08:39 PM | Show all posts
Berani dia buat kerja sorang2. Pompuan plak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana bideo?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
“MO dia menendang kenderaan & mendatangkan kecederaan pd diri dia?”
Ko ada 9 nyawa? Ke ko The Thing? ada kad OKU?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali ko sergah lori je pompuan gila oii!
Kena lenyek terus KO tak payah pikir pasal nak cari duit dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
.....melalui Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru dengan tujuan untuk mengakibatkan kemalangan.....

Knp x guna nama melayu, siapa  Austin tu? Perjuang kemerdekaan kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mental ker apa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 09:44 PM | Show all posts
Orang separuh gila buat apa layan... teruskan fikir kehidupan sendiri lebih bagus haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata sorg je kenapa ada 2 gambar berbeza?  Sebelum & selepas ke mcm mn sbb satu tu mmg nampak sgt tak warasnya satu lg mcm normal pula
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 10:36 PM | Show all posts
Firenzza replied at 18-8-2024 09:14 PM
.....melalui Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru dengan tujuan untuk mengakibatkan kemalangan... ...

belah2 situ memang kawasan austin chuols, sebab nama pemaju dia austin height sdn bhd tak silap. Bila sebut area austin ni, teringat nama tempat mount erskine kat penang, tak silap nama lain dia bukit salbiah kot...feeling sangat
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 18-8-2024 10:36 PM
belah2 situ memang kawasan austin chuols, sebab nama pemaju dia austin height sdn bhd tak silap. B ...

teringat kolig iols dulu gaduh pasal erskine ni, sorg kata mmg asal nama dia gitu la sbb john james erskine, member of penang/georgetown ke apa entah sorg lagi ckp lagi glamer sebut je bukit salbiah (kes yg kene bunuh buang dlm gaung tu kan?? pastu jd antu erk??).
iols sebagai org luar dgr tp tatau celah mana, skali lorrr dkt tanjong tokong je pun
tp weols time tu lebih berminat dgn cerita salbiah tu.

berani plak minah ni main sergah2 org. takde plak antu nak sergah dia tgh2 malam buta tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 18-8-2024 10:36 PM
belah2 situ memang kawasan austin chuols, sebab nama pemaju dia austin height sdn bhd tak silap. B ...

Oooo......ingatkan nama kereta, kot2 nanti ada Tmn bmw, tmn mercedes, tmn geely........ blh la plk pbt luluskan nama omputih tu ye.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit      
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 03:31 PM | Show all posts
Ok lah..pasni kedalam makan minum free xyah susah2 blackmail org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 18-8-2024 09:14 PM
.....melalui Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru dengan tujuan untuk mengakibatkan kemalangan... ...

Austin powers


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 04:27 PM | Show all posts
Laa... aku ingatkan kat indon.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde video ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 04:49 PM | Show all posts
lain macam cita2 dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.069818 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list