View: 22285|Reply: 11
|
Pemandu ‘King’ biru lawan arus di Penang diambil keterangan
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Polis telah mengambil keterangan seorang pemuda yang tular memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru secara melawan arus di Jalan Masjid Negeri di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya terkesan dengan satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 39 saat menerusi halaman X berhubung kejadian itu, kira-kira pukul 3 petang, semalam.
“Rakaman video tersebut memaparkan kejadian sebuah kereta dipandu secara melawan arus. Hasil semakan mendapati, kejadian berlaku pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 4.48 petang di Jalan Masjid Negeri.
“Susulan daripada itu, pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an telah dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan rakaman video berkenaan,” katanya.
Menerusi video tular itu, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru dipandu dalam keadaan melawan arus di kawasan jalan yang sibuk.
Bagaimanapun, tiada kejadian yang tidak diingini apabila pemandu kenderaan lain dilihat memandu perlahan dan mengelak daripada bertembung dengan kereta Perodua Myvi itu.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
lepas duduk penang nih, baru sedar banyak rupanya kesalahan jalan raya yang manusia mampu lakukan dengan kreatifnya sebab cara pemikiran pemandu di sini memang di luar kotak di samping tiada otak |
|
|
|
|
|
|
|
patut buh dlm jail je org cm ni |
|
|
|
|
|
|
|
babirah, msti type C
nasib baik tak kena orang lain babirah |
|
|
|
|
|
|
|
lesen kopi?
mabuk?
lesen kopi sambil mabuk?
tiba2 ada kad OKU? |
|
|
|
|
|
|
|
angin mcm2 perangai kalau weekend memang avoid town area esp mlm minggu sbb yg merempit..yg drive mabok mcm org gila byk |
|
|
|
|
|
|
|
mesti org cina dari china
|
|
|
|
|
|
|
|
org luar kot
dulu aku pon xtau
sampailah aku benti kat petrol station utk tanya jalan
org pam tu yg bgtau jalan kat sana semua 1 way je |
|
|
|
|
|
|
| |
|