CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40194|Reply: 0

[Tempatan] Pelarasan Gaji Penjawat Awam, LHDN Jangka Pembayar Cukai Bertambah.Kesian

[Copy link]
Post time 19-8-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pelarasan Gaji Penjawat Awam, LHDN Jangka Pembayar Cukai Bertambah

CYBERJAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.



Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata potongan cukai itu tertakluk kepada pendapatan yang boleh dicukai.

"Jika gaji yang diterima melebihi nilai ambang yang ditetapkan, sudah tentu ada kesan cukai daripada pendapatan atau kenaikan yang diterima.

"Tentunya ia juga bergantung kepada pelepasan yang dituntut dan sebagainya," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Ops Metro 2024 di sini hari ini.

Jumaat lepas, Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi di bawah Sistem Saraan Penjawat Awam.

Pelarasan itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu yang pertama bermula 1 Dis ini manakala fasa kedua bermula 1 Jan 2026.



Sumber: BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054758 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list