CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 39114|Reply: 65

Hidup daif, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak

[Copy link]
Post time 20-8-2024 11:28 PM | Show all posts |Read mode





ALOR SETAR – Tekanan hidup dan masalah penagihan dadah disyaki menjadi punca lelaki gelandangan etnik Rohingya membunuh isteri dan dua anak lelakinya pada Ahad lalu.


Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 43 tahun dan isteri berusia 34 tahun bersama tiga anak berusia dua, lima dan 10 tahun hidup dalam keadaan daif.


Katanya, suspek sekeluarga sebelum ini pernah tinggal di bawah jambatan sebelum berpindah ke bangunan kosong dan terbiar di Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, di sini sejak seminggu lalu.


“Keadaan keluarga ini daif dan tekanan hidup dipercayai menjadi antara punca kejadian bunuh berlaku.


“Selain itu, suspek juga didapati positif tiga jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine dan mop,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) di sini hari ini.


Kata beliau, keadaan itu dipercayai mendorong kepada berlakunya keganasan rumah tangga seterusnya kes pembunuhan tersebut.


Adzli pada masa sama meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu dengan mengatakan kawasan tersebut sudah tidak selamat sehingga mampu mencetuskan kegusaran awam.




“Ini kerana kes ini membabitkan keganasan rumah tangga dan tidak melibatkan pihak lain,” ujarnya.


Dalam pada itu, kata beliau, anak lelaki suspek yang ditemui selamat tidak mengalami kecederaan, namun didapati trauma.


Lelaki etnik Rohingya itu bertindak kejam apabila disyaki mengelar leher isteri dan dua anaknya sehingga mati sebelum ‘membuang’ salah seorang anaknya itu ke dalam longkang di Jalan Pegawai, di sini pada Ahad lalu.


Mayat dua beranak iaitu wanita berusia 34 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun ditemui di dalam longkang kecil di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, di sini kira-kira pukul 5.40 petang semalam.


Susulan penemuan dua mayat tersebut, polis berjaya menahan suspek berusia 43 tahun di pekarangan Masjid Al-Hidayah di Bukit, Pinang di sini bersama seorang anak lelaki berusia lima tahun yang selamat pada pukul 9.20 malam, hari sama.




Semasa ditahan, polis menemui sebilah parang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar mangsa serta dokumen pengenalan diri isteri dan anak perempuannya.


Seterusnya, mayat anak yang dibuang ke dalam longkang iaitu kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dijumpai terdampar di tepi Pantai Leman dekat Kota Marina, Kuala Kedah kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.




Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh la susah.. amek dadah pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
5 tahun dah besar dah dah boleh ingat kejadian apa yg berlaku
I honestly pray for the child wellbeing
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata daif tp mampu pula beli synthetic drugs?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Daif tapi mendadih? Dah tahu tertekan apesal ko x b*nuh diri daripada bunuh anak bini? Sebab rasa ko lagi layak hidup dari dorang? Jilake
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahanam betul org mcm nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia bunuh yg perempuan je, yg anak lelaki dia tak bunuh pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo punya orang
Kau yang elok mati..hidup pung tak guna satu sen pung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup daif punca tertekan tapi ada punca nak dapat dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyah dari Malaysia.  Datang sini buat jenayah. Lama2 membunuh warga tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:05 AM | Show all posts
annehuda replied at 21-8-2024 06:54 AM
Kenapa dia bunuh yg perempuan je, yg anak lelaki dia tak bunuh pun.




Ni anak lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:12 AM | Show all posts
pihak imigresen sila bertindak buat rush dan tangkap para rohinya yang ramai di terminal bas tasik selatan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Selfishnya. Bunuh yg menyusahkan dia saja. Yg anak umur 5 tahun buat penyambung keturunan Rohingya dia. 5 tahun dah tak perlu jaga sgt. Jangan dibuatnya hamba utk mengemis tepi jalan utk dpt duit dadah dia. Sian budak tu trauma seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
jenis mcm ni, taknak pulak deme yg bunoh diri huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 21-8-2024 08:01 AM
jenis mcm ni, taknak pulak deme yg bunoh diri huhu

Baru nk ckp mnda yg sama.
Kalo ikot justification dia tu, baik ngn² dia patot ikot mati.
Ni takat nk lepas tengkok sendri.
Dlm jel mkn tanggung berak cangkung.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 21-8-2024 08:11 AM
Baru nk ckp mnda yg sama.
Kalo ikot justification dia tu, baik ngn² dia patot ikot mati.
Ni takat ...

tu lah, dh tak tahan hidop susah sgt, ko jelah mati kan,ape lak bunoh anak binik. ropanya acik acik atas pon komen sama tema
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 21-8-2024 08:01 AM
jenis mcm ni, taknak pulak deme yg bunoh diri huhu

Iols selalu tertanya knp ye org2 camni tanak bunuh diri.
Cth dlm keluarga mst ada sorang yg lain skit dpd org lain. Dulu masa sekolah main2 tanak belajar sudahnya belajar separuh jln pastu amik dadah bagai. Malas keje, pau duit mak pak je. Mak pak tanggung sampai doramg mati.
Mak pak dah takde tinggal dia sorang susahkan adik badik plak duk minta duit sana sini.
Padahal umur dah bleh jd atuk dah, hidup camtu jelaa knp selalunya umur hat camni panjang plak.
Kalau memilih tanak berubah baik pilih utk mati je.
Tp biasanya yg camni laa panjang umur sampai semua ahli keluarga dia mati, dia je yg masih hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:31 AM | Show all posts
suatu ketika umat islam di Malaysia mengutuk kekejaman rakyat myanmar terutamanya penganut buddha dan sami2nya yg mengarahkan membunuh rohingya. wlupun I tidak menyokong perbuatan tersebut tapi kini faham knp rakyat myanmar cukup marah pada bangsa rohingya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima la lagi puak parashit. Bukit malut tu pun bersepah puak dorang siap jadi kawasan panas kes dadah kan? Selayang pun puak dorang conquer. Mana suhakam, menikus ke? Mai la bela nasib puak parashit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 21-8-2024 06:40 AM
Daif tapi mendadih? Dah tahu tertekan apesal ko x b*nuh diri daripada bunuh anak bini? Sebab rasa ko ...

Itulah. Aku pun pelik dengan penagih ni. Punya liat nyawa. Kau dah tau jadi mayat hidup, baik mampos terus. Ini kau korbankan nyawa orang yang tak berdosa. Kerajaan pun tak perlu nak treaat penagih sebagai pesakit, dorang sendiri yang cari penyakit. Elok2 masuk rehab dah bebas dadah, bila keluar cari lagi jadah tu. Elok ditembak mati je penagih berulang ni. Yang mengedar tu tembak dengan bom mortar biar bersepai badan. Geram aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.101578 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list