View: 40813|Reply: 51
|
Sultan Pahang sebak anakanda Tengku Afzan bakal kahwin
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak tatkala menyampaikan titah mengenai perkahwinan anakanda baginda, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangan, Fd Idzham Fd Iskandar.
Malah baginda terpaksa berhenti seketika dan titah itu kemudian disambung oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
“Anakanda saya yang amat mulia (diam sekejap)… minta maaf. Puteri Afzan dan pasangannya, Fd Izham akan berlangsung (perkahwinan) tidak lama lagi, dipermudah oleh Allah SWT.
“Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina… (baginda mengelap air mata dan menyambung ucapan) akan kekal… baca ni (baginda meminta Tengku Hassanal),” titah baginda hari ini.
Kemudian titah itu disambung oleh Tengku Hassanal.
“…akan kekal hingga ke jannah insya-Allah. Di samping itu marilah sama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus terpelihara dan dilindungi oleh Allah SWT.
“Mengakhiri titah, izinkan saya untuk menyampaikan dua rangkap pantun (Tengku Hassanal membaca pantun),” dan kemudian titah itu disambung kembali oleh Sultan Pahang.
Al-Sultan Abdullah juga sempat berseloroh mengenai jodoh kepada Tengku Hassanal.
“Dalam pada itu, kita doa jikalau ya yang… (sambil baginda menunjukkan kepada Tengku Hassanal) yang membaca tadi, anakanda saya akan tak lama jugalah, harap-haraplah.
“Saya dah semakin hari semakin tua. Sama dengan isteri saya, kita doa semua ya supaya anak-anak semua akan terus berbakti kepada negeri dan mencari jodoh yang solehah,” titah baginda.
Sultan Pahang bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan di Pahang.
Turut berlangsung ialah Majlis Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja Paduka Anakanda Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Pada 8 ogos lalu, Kosmo! melaporkan perkahwinan diraja yang diberi nama ‘Langit Cinta’ Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos bertempat di Tasek Kotasas.
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Time faith kahwin tak mcm ni pon.. ke ada |
|
|
|
|
|
|
|
Patut galakan berbini ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Beribear: Time faith kahwin tak mcm ni p ... faith? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak perempuan dgn Julia Rais pun sama umur dgn yg nak kawin ni kan? Harap budak tu kawin dgn orang Dubai or Kuwait tak pun kawin dgn kerabat Brunei.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gelupor lah acik azmee klu anak akak julia lebih dr anak dia
|
|
|
|
|
|
|
|
SG tunggu sebutan FD tu…rupanya sebut fd juga ya |
|
|
|
|
|
|
|
Kena buat announcement mcm ni ke klu dah tak jadi jagong lagi, iya2 sgt, nanti org berckp kata kita kapoh pulak padahal sendiri duk jaja tak henti2, betul2 attention seeker
|
|
|
|
|
|
|
|
selalunya yang nak bersunat lah
rasa sebak |
|
|
|
|
|
|
|
Yang amat mulia…..hmmm dunia..dunia.. |
|
|
|
|
|
|
|
bapak yang normal biasanya akan sebak..banyak ngan sikit je la.. tapi kalau bapak xnormal (contoh: bapak biawak, bapak abusive, bapak xguna) biasanya rilek je anak nak kawin..janji jangan lupa bagi dia duit bulan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols tgu part die mntk this sambungkan je
nk hujung2 tu baru dia kuat nk sambung
bila sambung tu siap mntk org ramai doakan jodoh anak sulungnya tu dgn anak2 yg lain
i was like...awwwwwww
|
|
|
|
|
|
|
|
elok anakanda Sultan Pahang ni kan. ckp melayu pun elok ja takda slang2. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam: elok anakanda Sultan Pahang ni ...
Diorg ni kalau bercakap melayu slang pahang diorg kuat. Takde slang onputih kalau becakap melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by opie5662 at 21-8-2024 02:12 PM
Orenn1 replied at 21-8-2024 05:09 AM
Kena buat announcement mcm ni ke klu dah tak jadi jagong lagi, iya2 sgt, nanti org berckp kata kit ...
Ini majlis kenduri doa selamat sebenarnya di samping perasmian masjid baru kat Sg Isap. Mcm kita la kawen buat kenduri doa selamat sblom majlis dolu…nnt ayah akan ckp anak dia kawen dgn sekian2 org mcm tu la. Zaman aku kawen dlu mcm tu la. Nowdays mcm xde sgt dah buat kenduri mcm tu. Ya ampun kertu nye aku |
|
|
|
|
|
|
|
Faith dah nk serai tu sedih ke x,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Beribear replied at 21-8-2024 12:43 AM
Time faith kahwin tak mcm ni pon.. ke ada
Mungkin dia sebak kenangkan perkahwinan anak yg tu agak mcm x berapa lancar. Jd dia minta doa la semoga yg kalini jodoh hingga ker syurga |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 21-8-2024 05:07 AM
SG tunggu sebutan FD tu…rupanya sebut fd juga ya
Moyang dia Fateh Din |
|
|
|
|
|
|
| |
|