View: 37068|Reply: 16
|
Hari Malas Sedunia : Semua orang disaran bermalas-malas hari ini
[Copy link]
|
|
BOGOTA – Hari Malas Sedunia diraikan di seluruh dunia hari ini (20 Ogos) dengan orang ramai mencari pelbagai alasan untuk tidak melakukan apa-apa dan hanya duduk berehat, lapor laman berita UNN.
Sejarah sambutan itu bermula pada 20 Ogos 1984, apabila perayaan perdagangan dan perindustrian berlangsung di sebuah bandar di Colombia.
Pemilik perniagaan tempatan memberi pekerja mereka cuti satu hari dan menggalakkan mereka berseronok semasa cuti.
Idea untuk mempunyai hari tambahan dengan tidak melakukan apa-apa diamalkan rakyat Colombia, manakala gerakan spontan untuk hak menjadi malas muncul di negara itu.
Idea untuk menyambut hari istimewa bagi melambangkan kemalasan itu kemudian secara beransur-ansur diamalkan di negara-negara lain di serata dunia.
Di Amerika Syarikat pula, hari bermalas-malas kebangsaan disambut pada 10 haribulan Ogos setiap tahun.
Terdapat perkara seperti kemalasan bermusim iaitu apabila seseorang tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja pada masa-masa tertentu dalam setahun.
Laporan UNN turut menyebut bahawa orang lelaki adalah lima kali ganda lebih cenderung bersikap malas berbanding wanita.
Selain itu, antara yang menjadi penyebab kemalasan di tempat kerja adalah arahan yang tidak bermakna atau tidak jelas daripada pihak pengurusan.
Sementara itu, serang lelaki di Itagui, Colombia menyambut hari tersebut dengan memalaskan dirinya di atas katil sambil memakai kostum ayam. – AGENSI
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dalam citer doraemon. Hari bermalas malasan. |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni ke? patut td cm malas nk bangun hahaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
di colombia masih 20.08.2024
klu ikut waktu dorang, still on utk bermalas2an
berbaki 2 jam lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah kaunter gomen, hari2, hari malass |
|
|
|
|
|
|
|
pttla rasa nk tido je haha |
|
|
|
|
|
|
|
Patut ler rasa malas hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
Patut public holiday harini...dah semua malas nak kerja... |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah ada hari bermalas malas pun ramai rakyat malaysia yang malas. |
|
|
|
|
|
|
|
bpbbppbp replied at 21-8-2024 11:43 AM
Sesetengah kaunter gomen, hari2, hari malass
Tak habis habis kaunter gomen
Padahal diri sendiri yg malas nak beratur, malas nak ambil nombor, malas nak parking jauh, malas nak jalan ke pejabat gomen, malas nak isi borang, malas nak menunggu...padahal hidup kita ni 90% ialah menunggu, termasuk menunggu mati. |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 21-8-2024 02:53 PM
Tak habis habis kaunter gomen
Padahal diri sendiri yg malas nak beratur, malas nak ambil nombo ...
Realiti uol
Yg rajin xpelah. Nnti blh raikan buat Hari Rajin pulak |
|
|
|
|
|
|
|
bpbbppbp replied at 21-8-2024 04:14 PM
Realiti uol
Yg rajin xpelah. Nnti blh raikan buat Hari Rajin pulak
Tak...aku x nafikan diorg malas. Tp org awam mcm ko pon malas juga |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Malas Sedunia lebih baik dihapuskan aje daripada disambut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|