CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14826|Reply: 15

[Tempatan] Masih ramai yang berubat de­ngan bomoh temberang dan melakukan rawatan tidak masuk akal seperti bedah batin-Cancer Survivors Malaysia (CSM)

[Copy link]
Post time 21-8-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR – Cancer Survivors Malaysia (CSM) akan terus mendidik masyarakat terutama pesakit kanser agar tidak sesekali berjumpa bomoh bagi mengelak mereka terlewat mendapatkan rawatan di hospital. Pengerusinya, Zuraini Kamal berkata, beliau sentiasa me­ngingatkan orang ramai terma­suk 30,000 ahli CSM seluruh negara agar tidak terperdaya dengan bomoh temberang. “Saya mengakui bahawa masih ramai yang berubat de­ngan bomoh dan kebanyakannya melakukan rawatan tidak masuk akal seperti bedah batin, selain ada yang mendakwa kononnya mampu melakukan imbasan penyakit dengan jampi tertentu



https://www.kosmo.com.my/2024/08/21/ada-bomoh-larang-pesakit-kanser-jumpa-doktor/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau x mampu nak dapat rawatan terbaik kat hospital usaha ngan bomoh je la..itu pun salah satu ikhtiar gak. Mmg ada org diberi kelebihan merawat org ni..n ramai yg sembuh.  Selain bedah batin yang x logik tapi boleh buang kanser bomoh tulang pun ajaib gak contohnya pesakit yang klau p hospital kena masuk besi bagai tapi jumpa bomoh tulang elok je lepas kena urut
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 21-8-2024 04:11 PM

Kdg2 tu yg pergi pun yg kaya. Naik alphard. Cina pun ada prgi ke rmh bmh ni.
Tpi macam syirik je sbb ada bntuan jin.
Risau gak nnti bnde ni duk kacau susah mati
Durian belanda pun bagus utk kanser sbb antioxidant. Kat fb dlu pnh bce.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:45 AM | Show all posts
klu dh ambik servis dorg lps tu pi plk hospital
mmg doktor akn sajes utk stop ambik 'ubat2' yg diberi contoh air jampi, ect.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita pon mau cari makan jugala-tokmoh
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 12:02 PM | Show all posts
grouper replied at 21-8-2024 09:48 AM
Klau x mampu nak dapat rawatan terbaik kat hospital usaha ngan bomoh je la..itu pun salah satu ikhti ...

problemnya memang ada bomoh temberang. jadi bomoh lepas tu claim boleh rawat itu ini, padahal scam sahaja nak duit... risky jugalah. klu dpt bomoh yang berani kata setakat ini sahaja kepandaian sy depan pesakit ok jglah...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2024 01:56 PM | Show all posts
kalau perubatan islam selalunya doktor tak kisah sangat pun
tapi dalam masa yang sama jangan lupa datang TCA doktor

bedah batin dah tentu2 scam!
yang bomoh2 awam ni plak banyak kes tipu sampai kena rogol pun ada. jangan sembarang2 ya esp pempuan kalau nak berubat
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 02:21 PM | Show all posts
aku ada kenal kanser fighter. kenal agak rapat jgk... selalu borak dgn dia.
dia citer ramai pesakit yang tolak terus jumpa doktor selepas di sahkan hidap kanser.

terlalu byk dgr nasihat org2 luar ttg rawatan kanser, terutamanya rawatan chemo. byk jgk lah citer2 dongeng yg mereka dgr, jadi mcm takut nak berubat doktor.

jadi diorg ni hanya berubat alternatif i.e bomoh lah. duk makan air akar kayu tah apa2.
pastu duk telan jgk suplement selepas termakan hasutan puonder2 timbang kilo kat luar tuh.

tapi kan, end up dekat hospital jgk. bila dan stage 4, mmg dah takder ubat dah, cuma doktor boleh prolong jer jangka hayat. bila dah merebak ke semua tempat, rawatan yang ada hanya utk mengurangkan sakit sahaja. bukan lagi utk merawat.

so kesimpulannya. yes, diorang boleh berubat alternatif. doktor pun tak larang klu nak berubat cara lain. tapi...jgn la tinggalkan rawatan di hospital. stage 1 dgn stage 2, In Sya Allah boleh fight lagi. dengan rejim rawatan hospital, boleh sembuh. cuma rawatan chemo mmg teruk, tak dinafikan. mmg akan rasa setiap kali lepas chemo, mcm nyawa dah habis. tapi seteruk teruk chemo, adalah lebih baik dari sakit sbb kanser yang lagi teruk dari rawatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Koser iols jumpa tok bomoh..tersyirik baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
wahai mambang, tolom standby
rejeki kite, sudah sampai
aku hulor, engkau capai
tinggalkan peha, jangan selesai
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tiba2 ada orang bawak mangkuk air dekat korang hati2 la.  Curi organ cara batin la tu..

Memang ghaib.  Tak nampak langsung apa dalam air tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 21-8-2024 11:45 AM
klu dh ambik servis dorg lps tu pi plk hospital
mmg doktor akn sajes utk stop ambik 'ubat2' yg diber ...

Tok laki iols dh 2x kanser mmg wat rawatan conventional saje.
Tp tehtap hada yg kirim/antaq air penawar/zamzam.
Dia minom jer
Each time bila officially in remission org dok tanya sehat ni 'makan' apa
Tipikal mulayu totok mmg lg pcaya the power of bomoh instead carik treatment kt sepital.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 09:38 AM | Show all posts
lightheaded67 replied at 21-8-2024 03:05 PM
wahai mambang, tolom standby
rejeki kite, sudah sampai
aku hulor, engkau capai

nasib do re mi

kdg annoying tgk trio do re mi nih
kdg mengekek jgk




Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 21-8-2024 09:48 AM
Klau x mampu nak dapat rawatan terbaik kat hospital usaha ngan bomoh je la..itu pun salah satu ikhti ...

perubatan alternatif mcm guna herba, akar kayu, natural remedy ni mmg blh dipercayai tapi kalau bomoh2 jampi serampah setakat kerat limau boh dlm air tatau celah mana blh sembuh tulang yg patah tu
membongak je lebih. sekali kerat limau boh dlm air paip dapat rm100. sng keje scam org
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 22-8-2024 09:38 AM
nasib do re mi

kdg annoying tgk trio do re mi nih

kannn..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:07 PM | Show all posts

Kalo xdengki dgn perawat tradisional
bukan doktor lah nama nye
Kerje asyik nk menakut2 kn orang je doktor ni
Masing2 ada kelebihan
Bersaing lah dgn sihat
Ubat doktor pun bkn semua bg sembuh



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.841219 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list