View: 15501|Reply: 20
|
[Tempatan]
JIM alu-alukan SPRM 'gempur' KLIA, tidak mahu lindungi pegawai rasuah - Ruslin
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 22-8-2024 10:22 AM
JIM alu-alukan SPRM 'gempur' KLIA, tidak mahu lindungi pegawai rasuah - Ruslin
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]
RUSLIN, gambar fail. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangan dan pegawai jabatan itu yang melakukan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah.
Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawainya yang terbabit dengan kes 'kaunter khas' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata, JIM menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut dan akan memberikan kerjasama terbaik secara telus dan adil.
"JIM sama sekali tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai yang terbabit melakukan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah.
"JIM memandang serius kesalahan dilakukan sama ada di pintu masuk negara atau mana-mana pejabat JIM di seluruh negara sehingga mencemarkan nama baik serta imej jabatan dan negara.
"Tindakan dan hukuman yang berat akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tindakan buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, JIM amat serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai jabatan ini sentiasa berada pada tahap maksimum.
"JIM turut mengalu-alukan orang ramai untuk melaporkan salah laku pegawai jabatan itu sekiranya terbabit dalam kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kesalahan tatatertib dan rasuah.
"Aduan boleh dibuat melalui talian 03-88801246 atau melalui e-mel [email protected] atau hadir sendiri ke Aras 4, Bahagian Integriti, Ibu Pejabat JIM Putrajaya,"katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abahmung at 22-8-2024 10:22 AM
'Ada penguat kuasa jadi tali barut, KLIA2 pilihan sindiket seludup warga asing'
www.bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Ogos 21, 2024
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara tanpa pemeriksaan pihak berkuasa, dipercayai turut didalangi beberapa individu sebuah agensi penguat kuasa.
Sindiket berkenaan dipercayai didalangi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara, menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi 'counter setting'.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas pihaknya menahan 12 individu membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an menerusi 'Op Pump' di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan semalam.
Katanya, mereka yang ditahan membabitkan empat pemilik syarikat dan tiga orang awam dipercayai mempunyai peranan masing-masing bagi menguruskan kemasukan warga asing serta lima penguat kuasa bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2)..
"Tangkapan yang dilakukan ini adalah susulan risikan dijalankan SPRM sejak tahun 2022 terhadap kegiatan sindiket ini yang bersekongkol dengan pegawai sebuah agensi penguat kuasa.
"Sindiket ini dipercayai meraih keuntungan jutaan ringgit dan siasatan dijalankan mengesan terdapat kemasukan wang berjumlah lebih RM4 juta dari tahun 2022 hingga 2024 dipercayai bagi urusan kemasukan warga asing yang turut diagihkan kepada penguat kuasa terbabit," katanya menerusi kenyataan.
Azam berkata, modus operandi kegiatan sindiket terbabit adalah membuat 'counter setting' iaitu bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk negara yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan kumpulan warga asing berkenaan.
Katanya, kumpulan warga asing yang ingin masuk ke negara ini akan menghubungi ejen berkenaan yang bertindak menguruskan tiket penerbangan termasuk urusan dengan penguat kuasa terbabit.
"Ejen berkenaan akan memberikan maklumat kumpulan warga asing terbabit kepada penguat kuasa yang sudah menunggu di kaunter tertentu dan pada masa sama memaklumkan kepada warga asing itu untuk pergi ke kaunter ditetapkan sebaik tiba di negara ini bagi membolehkan mereka dilepaskan tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya.
"Sebaik melepasi kaunter khas berkenaan, kumpulan warga asing terbabit akan diambil oleh wakil ejen yang berperanan membawa mereka keluar ke destinasi tertentu," katanya.
Beliau berkata, warga asing terbabit sepatutnya melalui pemeriksaan berdasarkan Pekeliling Imigresen Bilangan 4 Tahun 2021 iaitu mereka perlu mengemukakan pasport atau dokumen yang sah, mempunyai visa, mempunyai tiket perjalanan pergi balik yang sah, mempunyai wang sara diri mencukupi sepanjang berada di negara, perlu menunjukkan alamat penginapan atau tempahan hotel.
Semua suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi proses permohonan reman hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
tali barut rasuah eloklah dihukum. Keselamamatan negara dh x trjamin |
|
|
|
|
|
|
|
Sial punya orang. Siap set-up counter khas lagi. Sakit hati betul baca berita atas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau datang pun dengan cara begini, adakah pendatang nak hormat orang tempatan? |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu sampai nak bagi kat blackrock masih ada benda ni. dajal keluar nnt pun masih sama kot |
|
|
|
|
|
|
|
harap SPRM dapat tangkap talibarut tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ES dah lama bongkar kes2 org atasan ni. memang takde sapa dah boleh percaya |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah lama ke benda ni berlaku...baru nak bongkar ke |
|
|
|
|
|
|
|
Org dah lama tau la.. Masaalahnya apa solutionnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Wajibkan aja airlines cek paspot penumpang sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada family members pengkhianat ni kena rape n bunuh dgn pati baru serik agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Risikan dari 2022.... Gituuuuu risikan die gune teknologi ape....? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke ada sop untuk selalu rotate org2 yg keje penguatkuasaan ni..macam imigresen n kastam..buat le rotation 6 bulan sekali bagi x sempat diorg nak selesa sesuatu tempat tu dah kena tukar tempat lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
mna berani org bawahan nk buat gitu klu pihak atasan tegas.. so faham2 la |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai tudung,tak makan babi pon ujung2 pangai lahanat mngalahkan kaum yg makan babi hari2.. |
|
|
|
|
|
|
|
harapkan pegar, pegar makan padi. harapkan penguatkuasa, dorang yg jahanamkan negara
|
|
|
|
|
|
|
|
mana boleh terus gempur, sekali ambush, boleh lumpuh operasi klia tu, hampir semua kena angkut...
jadi, standby anggota pelapis dulu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|