View: 41585|Reply: 4
|
Isteri dibelasah suami kerana tolak hubungan intim - “Saya tidak pernah menolak tetapi hanya berkata pagi nanti kerana penat”
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang wanita di Jeneponto, wilayah Sulawesi Selatan mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya gara-gara menolak permintaan untuk melakukan hubungan intim, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman video yang tersebar luar di aplikasi WhatsApp, mangsa dilihat sedang duduk di atas katil sambil menangis.
Wanita itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk dada, leher, paha, dan bahu.
Lebih mengejutkan apabila dia dipukul sehingga dahinya berdarah.
Menurut mangsa, dia menolak untuk ‘bersama’ dengan suaminya kerana keletihan dan mengantuk.
“Saya tidak pernah menolak (melakukan hubungan intim) tetapi hanya berkata pagi nanti kerana penat,” katanya.
Siasatan sedang dijalankan bagi kes tersebut. – AGENSI
Sumber : KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
Kangkang aje la mbak..biar si dayus itu dayung sorang2.berapa minit sangat |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin aku kena belasah laki aku mln nanti |
|
|
|
|
|
|
|
bagi saja 500 ribu rupiah pada suami mbak, biar dia cari ayam di luar sana |
|
|
|
|
|
|
| |
|