CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21672|Reply: 15

[Politik] ‘Ada 105 SD bukan 115, 10 lagi tandatangan bertindih’ - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 22-8-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode
‘Ada 105 SD bukan 115, 10 lagi tandatangan bertindih’ - Ahmad Zahid
Oleh
NURATIKAH ATHILYA HASSAN
22 Ogos 2024 12:01pm


Ahmad Zahid (kanan) semasa sidang akhbar di WTCKL pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN - ASRIL ASWANDI SHUKOR.



KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO mendedahkan hanya 105 sahaja yang sah daripada 115 nama ahli Parlimen yang menandatangani akaun bersumpah (SD) seperti didakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, 10 daripada mereka melakukan tandatangan bertindih membabitkan Barisan Nasional (BN) dan PN.

"Jumlah sebenarnya ada 105 sahaja, ia tidak cukup untuk kerajaan. Setiap calon Parlimen BN menandatangani tiga dokumen.

"Satu, untuk serahkan kuasa sepenuhnya kepada pengerusi BN untuk membentuk kerajaan atau mewujudkan kerajaan campuran atau sebarang tindakan kearah pembentukan kerajaan," katanya ketika sidang akhbar di WTCKL sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, dokumen kedua adalah berkaitan kerusi yang dimenangi merupakan kepunyaan parti dan bukan milik individu.

Bagi dokumen ketiga, ujarnya, setiap ahli yang keluar atau menukar sokongan akan dikenakan penalti sebanyak RM100 juta.

"Tiga dokumen ini ditandatangani dengan rakaman video di hadapan pesuruhjaya sumpah dan tiga peguam, jadi bagaimana kalau berlaku 'gila talak' mahu menafikan situasi sebenar.

"Yang sebenarnya, jumlah itu tidak cukup," katanya.

Tambah Ahmad Zahid, SD yang ditandatangani 10 ahli Parlimen BN tidak sah kerana mereka terikat dengan tiga dokumen tersebut sewaktu watikah pelantikan calon diberikan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) pada 2022.

Sebelum ini media melaporkan, Muhyiddin menyerahkan dokumen mengandungi 115 SD ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, pada Rabu.

Akuan Berkanun itu didakwa telah diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, jam 1.28 tengah hari sebelum tempoh asal ditetapkan tamat dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Meroyan kenapa Wak? Yidin Sembab yang kena soal polis ko pulak yang kepanasan dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:06 PM | Show all posts
xy_daen replied at 22-8-2024 01:34 PM
Meroyan kenapa Wak? Yidin Sembab yang kena soal polis ko pulak yang kepanasan dah kenapa?

wak jahit tak meroyan..dia cuma bgtau 'fakta'
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak jahat dlm ketakutan sbb menipu agong claim semua mp bn sokong pmx. In real x semua.

Baca blk perlembagaan. Apa2 undang2 yg bercanggah dgn perlembagaan, perlembagaan akan digunapakai
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 22-8-2024 04:06 PM
wak jahit tak meroyan..dia cuma bgtau 'fakta'

Fakta atau auta? Perlembagaan  vs Akta mana lebih tinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 22-8-2024 05:38 PM
xy_daen replied at 22-8-2024 05:27 PM
Fakta atau auta? Perlembagaan  vs Akta mana lebih tinggi?


'Fakta' konon..kohkoh






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar dia ni balik ke Kulonprogo, pleaseee
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak lagi isu lain nak dibawak ler wahai walaun sekalian

Eh lupa.. walaun mana reti isu2 ekonomi bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 07:11 PM | Show all posts
umno vs umno
pas pkr dap duk tepi
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile nk abeh weh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:27 AM | Show all posts
2-2 pun betul.. semua teknikal..
Kalau ikutkan yang sokongan bertindih tu sokong PN, tapi sebab Wak dah ikat siap2, so sokongan diorang tu datang dengan excess baggage.. technically boleh dichallenge..

Yang fakta paling utama.. selepas PRU lepas takde parti atau gabungan parti yang dapat majority.. sebab tu kena buat kerajaan 'perpaduan'.. dan anak murid kena ikut cikgu dia.. dapatlah kita kerajaan sekarang ni..

Come next election aku rasa akan jadik lagi caca merba.. kerajaan pun tak kuat. 'perpaduan' pun goyah, PN dan para pembangkang yang lain pun lagi lemah.. So kita nanti nak undi siapa?? Selagi warlord2 ni still kat atas, selagi tu la tak kan selesai perebutan mereka..  Tapi masalahnya, pelapis2 pun takleh harap.. dulu kononnye Rafizi, syed saddiq ni bagus sangat.. tapi pada aku either lagi teruk ataupun sama aje level tak bagus dia.. kalau tengok PN, ada mat jargon, pun level2 takleh harap yang tinggi..

Personally, aku tak nampak sapa lagi yang nak dan boleh di harapkan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 22-8-2024 04:30 PM
Wak jahat dlm ketakutan sbb menipu agong claim semua mp bn sokong pmx. In real x semua.

Baca blk pe ...

Terbalik kot… Azalina dah terangkan. Ko ingat YDPA takde penasihat ke senang2 kena tipu!? Sembang kedai kopi sgt la ko..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
manop replied at 23-8-2024 10:44 AM
Terbalik kot… Azalina dah terangkan. Ko ingat YDPA takde penasihat ke senang2 kena tipu!? Sembang ...

Azalina tu sapo? Kalo ko adalah seekor anjeng x kan ko nak kata kucing yg btl. Mesti ko akan kata anjeng yg btl. X gitu?  
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu rasa abahko tu betul ngape tak saman je Zahid n the geng. Bawak kes ni ke mahkamah fight sampai menang. Abahko boleh naik balik tahta. Walaun pun boleh stop menyalak mcm anjing giler.kannn
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 23-8-2024 10:27 AM
2-2 pun betul.. semua teknikal..
Kalau ikutkan yang sokongan bertindih tu sokong PN, tapi sebab Wak  ...

Sorey to say la ye warlord yg berkuasa tu sbb takde pelapis gantikan diorg. Pelapis yg ada pun nan hado, belum2 dh ada kes. Mcm Syed Syadiq, Hannah Tan menantu jutawan. Takde sape dh nk masuk politik melainkan nepobabies dan anak kroni sebab takut dikecam.
Lagi satu sebab pengundi Melayu sendiri malas nk mengundi konon takde calon yg diorg suka. Tp bila DAP naik meroyan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut Mokhzani masuk politik...baru syok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.076754 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list