CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26120|Reply: 0

[Tempatan] Pelabuhan Klang disenarai pelabuhan ke-11 paling sibuk di dunia

[Copy link]
Post time 22-8-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Oleh Sharen Kaur
Ogos 22, 2024 @ 3:32pm
[email protected]



Prestasi Pelabuhan Klang telah bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang disenaraikan sebagai pelabuhan ke-11 paling sibuk global pada 2023, demikian menurut laporan oleh Lloyd's List.

Kedudukan pelabuhan terbesar di Asia Tenggara yang merangkumi Northport dan Westports itu juga meningkat dua anak tangga berbanding sebelum ini dalam kalangan 100 pelabuhan dunia yang lain.


Ia juga adalah salah satu daripada tujuh pelabuhan dalam 20 teratas dunia yang mencatat peningkatan kedudukan berbanding tahun sebelumnya.


Pelabuhan lain yang turut mencatatkan peningkatan termasuk Dubai, Xiamen, Laem Chabang, Kaohsiung, Tangier Med dan Taicang.


Seorang pemerhati pasaran meramalkan bahawa Pelabuhan Klang berpotensi untuk menembusi kedudukan 10 teratas dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

"Prestasi Pelabuhan Klang telah bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan lokasinya yang strategik di persimpangan laluan perkapalan utama yang menghubungkan Asia, Eropah dan Asia Barat.

"Ini menjadikannya hab pemindahan penting di rantau ini. Kami menjangkakan kayu, kenderaan, pukal cecair seperti lateks, minyak sawit dan kelapa, serta produk petroleum akan kekal sebagai eksport utama pelabuhan ini," katanya.

Pada 2023, Pelabuhan Klang telah mengendalikan 14.06 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU), naik sebanyak 6.3 peratus berbanding 13.22 juta TEU yang direkodkan pada 2022.


Kontena import dan eksport tempatan meningkat sebanyak 8.4 peratus kepada 6.16 juta TEU, berbanding 5.68 juta TEU pada tahun sebelumnya.

Dalam separuh pertama tahun ini, Pelabuhan Klang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus tahun ke tahun dalam jumlah kontena, mencapai 8.4 juta TEU dan meramalkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus untuk keseluruhan tahun ini dengan unjuran 14.83 juta TEU.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.469048 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list