View: 4922|Reply: 60
|
[Tempatan]
Anak mohon mahkamah gali kubur bapa, minta dikebumi cara Hindu
[Copy link]
|
|
Anak mohon mahkamah gali kubur bapa, minta dikebumi cara Hindu
Hidir Reduan Abdu Rashid
Diterbitkan: Aug 22, 2024 5:27 PM
Dikemaskini: 10:09 PM
Seorang anak mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Seremban untuk menggali semula jenazah bapanya, yang telah dikebumikan secara Islam tujuh tahun lalu, bagi membolehkan jenazah tersebut dikebumikan semula mengikut upacara Hindu.
Namun begitu, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berusaha untuk membatalkan saman tersebut atas alasan ia difailkan lewat, memandangkan Mahat Sulaiman telah meninggal dunia pada awal pagi 9 September 2017.
Peguam MAINS, Zainul Rijal Abu Bakar (gambar bawah) mengesahkan Mahkamah Tinggi Seremban telah mendengar sebahagian permohonan untuk membatalkan saman tersebut semalam (dan masih belum ada keputusan terhadap permohonan tersebut).
MAINS turut diwakili oleh peguam Muhammad Hafiz Md Yusoff, Danial Farhan Zainul Rijal, Ali Huzaifah Sharif Ahmed dan Ahmad Khalil Md Rofiee.
Penasihat undang-undang negeri, Roziaton Mhd Nordin pula mewakili kerajaan Negeri Sembilan.
Pihak berkuasa agama itu berpendapat saman berkenaan - yang turut mensasarkan MAINS serta kerajaan persekutuan dan negeri - wajar dibatalkan kerana ia sepatutnya difailkan dalam tempoh tiga tahun selepas kejadian itu.
Melalui saman pemula yang difailkan pada 31 Julai tahun lalu, Roseli Mahat memohon untuk menggali semula jenazah bapanya Mahat, yang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Sikamat, Negeri Sembilan.
Plaintif yang berusia 51 tahun itu mendakwa bapanya mengamalkan agama Hindu Baba Nyonya sejak lahir pada tahun 1941.
Roseli mendakwa dia dan lima lagi adik-beradiknya hasil perkahwinan Mahat dengan seorang ibu berketurunan India.
Plaintif menjelaskan kejadian kebakaran 36 tahun lalu telah memusnahkan dokumen pengenalan keluarganya dan dokumen yang dikeluarkan semula telah meletakkan 'bin' pada nama Mahat.
Roseli mendakwa masalah timbul pada hari bapanya meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, apabila kakitangan di sana menghalang dia daripada menguruskan upacara pengebumian Hindu untuk Mahat.
Roseli mendakwa kakitangan hospital memberi alasan nama Mahat mempunyai 'bin', yang menunjukkan dia beragama Islam.
Roseli berkata ketika dia cuba mendapatkan pengesahan rasmi tentang status agama Mahat, pegawai MAINS datang ke hospital sekitar jam 9 pagi pada 9 September 2017 dan membawa jenazah tersebut untuk dikebumikan secara Islam.
"Saya sesungguhnya percaya bahawa tindakan responden-responden (MAINS) yang meneruskan dengan proses pengkebumian tersebut secara salah tanpa mendapatkan kebenaran waris-waris si mati yang mana ia bertentangan dengan undang-undang.
Surat beranak tunjuk bukan Islam
"Saya dan waris si mati yang lain benar-benar terkejut dengan tidakan pihak responden-responden yang bersikap sambil lewa dan tidak berperikemanausiaan sedangkan kami adalah anak-anak si mati yang berhak mendapat hak ke atas mendiang bapa saya," kata Roseli dalam afidavitnya.
Plaintif juga mendapati, melalui pemeriksaan lanjut beberapa minggu kemudian pada bulan September tahun tersebut sijil kelahiran bapanya menunjukkan si mati bukan seorang yang beragama Islam.
Roseli mendakwa dia terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah sivil tahun lalu selepas usaha jangka panjang untuk mendapatkan bantuan daripada pelbagai parti politik tidak membuahkan hasil.
Dia mendakwa ini termasuklah berurusan dengan DAP melalui P Gunasekaran dan J Arul Kumar, yang hanya menimbulkan isu tersebut kepada media dan tiada tindakan lanjut.
Roseli juga mendakwa pada tahun 2018 melalui Parti Sosialis Malaysia (PSM) dia telah menulis surat kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Mujahid Yusof untuk memohon pertemuan bagi membincangkan isu tersebut namun tidak menerima sebarang jawapan.
Dia turut mendakwa tidak menerima sebarang maklum balas terhadap surat yang dihantarnya kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, untuk membantu mengatur pertemuan antara waris Mahat dan MAINS.
Firma guaman Karthig Shan mewakili Roseli dalam kes ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hindu baba nyonya pulak... First time aku tau ada Hindu baba nyonya nama pun melayu ni haa.. so confusing..anyway, Pak kau dah jadi tulang dah dik..biarlah dia duduk dalam kubur tu diam diam. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa dah tanam lama baru nak bongkah?Setakat nak ambik bako tulang buat mengabihkan duit je haih |
|
|
|
|
|
|
|
Hindu baba nyonya ni mixture mcm mana pula? Baba nyonya semua org dah jelas mixture tu dibuat mcm mana. Hok ni ada sesiapa yg tahu blh tlg jelaskan tak??? Ke mcm aiol juga pestime dengo |
|
|
|
|
|
|
|
hindu baba nyonya tu mcm mana? campur melayu + cina tp beragama hindu? |
|
|
|
|
|
|
|
Laah nama dia pun roseli
Baba nyonya tak guna nama melayu atau ereb
Sbb baba nyonya bkn islam
Cuma gaya hidup seharian je campur melayu dan yg pasti baba nyonya bukan ke peranakan cina?
Ada ke peranakan india? India kahwin melayu tp tak islam? Lelagi zaman skrg ni boleh ke
Baba nyonya tu zaman lampau time tu pun blm merdeka segala.
Kat sini takde org hindu melayu yaaa kalau kat indon sana bersepah laa sunda hindu ka jawa hindu ke apa
Tp tetap takde melayu berugama hindu bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata Hindu Baba Nyonya tu Chitti tak logik la pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik juga mengaku chitti sedangkan nama tok dia pun Sulaiman. Lain la kalau nama tok dia kandaswamy ke marimuthu ke. Dah kenapa nak korek balik dah tinggal tulang. Btw si roseli ni pun hindu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
apa jadi jika hindu di kebumi secara kristian ?
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-8-2024 12:00 PM
apa jadi jika hindu di kebumi secara kristian ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hindu Buddha??? |
|
|
|
|
|
|
|
takut roh tak terima tuhan ke cam nerr |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dikebumikan 17 tahun dulu.
Kenapa tak bergasak aje time kat spital dulu anak beranak kalau betul la apa yg ko ckp tu.
Bab agama ni jgn buat main.
Org tu dah tinggal rangka baru nk tuntut saman?
Nk main sensitiviti ke apa ni?
Even dlm sijil lahir ada tulis bukan islam, kenapa tak bermatian pertahankan si mati tu mmg bukan islam masa kat hospital lagi.... kenapa baru sekarang??? |
|
|
|
|
|
|
|
Entah apa yg tinggal lagi arwah Mahat dalam tu.
Biar lah arwah Mahat bersemadi dgn tenang.
Masa dia dah abih dah.
Nak bawak keluar semata nak bakar tulang Mahat (yg mana tinggal) tu sgt lah tak economic.
(Sekadar mengeruhkan keadaan)
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahat Sulaiman. Roseli Mahat. Apsal kau tak pakai je nama Varma, Rajindran, Kamaleshwaran. |
|
|
|
|
|
|
|
36 tahun lepas umah terbakar, dokumen musnah, bila dapatkan semula dokumen baru ada tulis bin. Dalam masa 30 tahun tu nape tak pegi betulkan balik maklumat tu? Cukup besar kesalahan maklumat tu buat dono je. Ke mmg betul maklumat tu cuma malas nak hadap sebab cara hidup bertentangan dgn asal usul keturunan. |
|
|
|
|
|
|
|
Korek jer lah bagi lah balik...kalau tak tak habis2 di jaja cerita Islam zalim...Lain kali jangan lah letak nama melayu anak beranak....sampai atok dia pun nama Sulaiman... |
|
|
|
|
|
|
|
atau ada masalah lain melibat kan bab harta pusaka?
bab ni je biasa sanggup fight habisan kalau berbaloi, lagi2 tanah kat melaka tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 24-8-2024 10:39 AM
Korek jer lah bagi lah balik...kalau tak tak habis2 di jaja cerita Islam zalim...Lain kali jangan la ...
Yang pelakon jadi Steve Urkel tu nama dia Jaleel Ahmad White tapi Kristian. I tak sangka ada orang Kristian nak guna nama Ahmad. |
|
|
|
|
|
|
|
Pokcik Mahat tu takde IC ke dulu? Kan dalam IC ada tulis agama. Si Roseli ni patut update semua dokumen dia, nanti nasib sama macam apaknya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|