CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29720|Reply: 0

[Tempatan] Pelaburan Amazon Website Services buka peluang pemindahan teknologi​

[Copy link]
Post time 23-8-2024 12:26 PM | Show all posts |Read mode



Pelaburan Amazon Website Services buka peluang pemindahan teknologi​Oleh Mohamed Farid Noh - Ogos 23, 2024 @ 4:39am
[email protected]



Gambar hiasan - REUTERS

KUALA LUMPUR: Pengumuman Amazon Web Services (AWS) yang melancarkan AWS Asia Pacific (Malaysia) Region yang berpusat di negara ini dengan komitmen pelaburan jangka panjang berjumlah RM29.2 bilion, adalah bukti keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan dasar ekonomi MADANI, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Malaysia menyambut baik pengumuman AWS itu dan amat teruja dengan potensi pelaburan dan inovasi baharu yang bakal terhasil daripada pemindahan teknologi, ilmu pengetahuan dan banyak lagi.

"AWS telah mengumumkan AWS Asia Pacific Region yang berpusat di Malaysia.
"Ini adalah komitmen dan pelaburan jangka panjang yang dirancang oleh AWS yang berjumlah RM29.2 bilion dan antara pelaburan terbesar oleh syarikat teknologi global di Malaysia.

"Insya-Allah, keyakinan yang ditunjukkan oleh para pelabur terhadap kestabilan dan dasar Ekonomi MADANI akan melimpahkan kemakmuran berpanjangan buat rakyat dan negara," katanya dalam mesej Facebook, hari ini.

Semalam, AWS, syarikat Amazon.com Inc dilaporkan mengumumkan komitmen pelaburan jangka panjang sebanyak AS$6.2 bilion (RM29.2 bilion) di Malaysia sehingga 2038 seiring pelancaran AWS Asia Pacific (Malaysia) Region.

Pelancaran AWS Asia Pacific (Malaysia) Region itu menyediakan pembangun, syarikat pemula, usahawan dan enterpris di Malaysia pilihan yang lebih besar untuk menjalankan aplikasi dan memberi perkhidmatan kepada pengguna akhir daripada pusat data AWS tempatan.

Pembinaan dan operasi AWS Region baharu itu dianggarkan menambah kira-kira AS$12.1 bilion (RM57.3 bilion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan akan menyokong purata lebih 3,500 pekerjaan bersamaan sepenuh masa hingga 2038.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengumuman AWS itu menyusul selepas beberapa pelaburan lain yang telah diumumkan sejak Disember 2023 oleh peneraju teknologi global seperti Nvidia, Google, Microsoft, Infineon dan banyak lagi.

Katanya, pelaburan-pelaburan itu adalah pengiktirafan terhadap kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI dalam mewujudkan dan merangka persekitaran pelaburan yang menarik, terbuka dan telus.

Beliau berkata, terdapat beberapa komponen dalam hubungan baharu Malaysia dengan AWS.

"Pertama, AWS akan melabur dalam pembinaan pusat data fizikal di Malaysia, menjadikan Malaysia antara 34 wilayah dalam peta infrastruktur global Amazon.

"Kedua, lebih 3,500 pekerjaan untuk rakyat Malaysia akan diwujudkan secara langsung hasil pembinaan pusat data baharu ini.

"Pekerjaan ini yang merangkumi bidang pembinaan, penyenggaraan fasiliti, kejuruteraan, telekomunikasi dan bidang lain dalam ekonomi kita, akan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan bernilai tinggi AWS.

"Dan ketiganya, sebagai sebahagian daripada hubungan baharu ini, AWS telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awan dengan Kerajaan Malaysia untuk mempertingkatkan penggunaan teknologi awan dalam sektor awam," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1288875/pelaburan-amazon-website-services-buka-peluang-pemindahan-teknologi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.663282 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list