CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31999|Reply: 0

[Tempatan] Pelancong warga India dikhuatiri terjatuh dalam tanah jerlus​

[Copy link]
Post time 23-8-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Pelancong warga India dikhuatiri terjatuh dalam tanah jerlus​Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil - Ogos 23, 2024 @ 5:13am
[email protected]



Anggota bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang wanita dipercayai pelancong warga India yang dikhuatiri terjatuh dalam lubang akibat tanah jerlus dekat Masjid India - Foto ihsan bomba

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa dipercayai wanita warga India dikhuatiri terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus yang berlaku berhampiran Masjid India, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi tadi ketika mangsa sedang bersiar-siar di kawasan itu bersama keluarganya sebelum tiba-tiba berlaku mendapan tanah sehingga menyebabkan berlakunya tanah jerlus itu.

Berdasarkan maklumat awal, lubang berkenaan dianggarkan sedalam 10 meter.
Tinjauan setakat jam 11.30 pagi mendapati operasi dua buah jentera bomba sudah berada di lokasi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.

Turut kelihatan sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Air Selangor, dan Angkatan Pertahanan Awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berada di lokasi bagi memantau operasi menyelamat.

Berita lanjut menyusul.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1288895/pelancong-warga-india-dikhuatiri-terjatuh-dalam-tanah-jerlus

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.056868 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list