CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59041|Reply: 9

[Tempatan] Rasa Panas Baru Lepas Buat Kemo, Meletakkan Anak Dalam Peti Ais

[Copy link]
Post time 23-8-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular di media sosial satu klip rakaman sesi siaran langsung (live) di TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai menghidapi kanser mata terpaksa diletakkan dalam peti ais setiap malam kerana kepanasan selepas menjalani rawatan kemoterapi.

Menerusi ‘live’ TikTok bapa kanak-kanak tersebut, @papa Panda bersama influencer, Acap atau nama sebenarnya Mohamad Asraf Jaafar (@acaps19), lelaki itu memberitahu anaknya yang dikenali sebagai Alisa perlu dimasukkan di dalam peti ais sebelum tidur.

“Biasa bang malam-malam ni dia pelik sikit minta duduk dalam peti ais. Dia baru lepas kemoterapi. Jap saya masukkan dia dalam peti ais.

“Dia macam nilah bang, setiap malam kalau dia nak tidur nak masuk dalam peti ais,” katanya.

Susulan itu, Acap dilihat gagal menahan perasaan sebaknya setelah mengetahui ujian yang begitu berat dilalui oleh keluarga terbabit.

“Aku tak boleh cakap jap,” kata Acap sambil menangis sebelum meneruskan kembali perbualan tersebut.
Bapa kuat dan tabah dengan ujian yang diberikan oleh Allah terhadap anaknya

Namun, bapa kepada kanak-kanak terbabit kelihatan sangat kuat dan tabah dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT terhadap dirinya serta anaknya itu.

“Takpa Allah uji kita, kita kena terima,” kata lelaki itu sebelum berterima kasih kepada para penonton yang memberinya ‘gift’ semasa siaran langsung tersebut.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan memaklumkan yang dia bekerja di estet, manakala isterinya pula tidak bekerja dan pendapatan yang diperolehinya hanya mampu membayar bil air dan elektrik sahaja.

Ramai sebak dan titip doa buat keluarga terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat ujian yang harus dilalui oleh kanak-kanak terbabit di awal usia begitu.

Kebanyakan orang ramai turut menitipkan doa agar ujian keluarga terbabit dimudahkan selain mereka terus diberikan kekuatan serta ketabahan.

Tidak hanya itu, ada juga yang mengakui bahawa tubuh badan seseorang yang menjalani rawatan kimoterapi sememangnya akan menjadi panas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2024 08:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2024 04:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2024 04:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2024 08:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal content yer dak??
Ank sakit cmtu pn jadik modal.
Ntah la hgpa ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm..iols kesian adik tu..
Lepas.kimo.mmg.gitu dek...
Mak iols.lepas kimo mmg nak tido je..pastu muntah2...
Iols doakan semoga adek ni dpt sempurnakan cyclenya...
Kat ikn makanan mmg sedap2 time kimo..tp pesakit semua tak lalu makan...
Iols rasa mcm nak makan je makanan mak iols.tp iols tahan je..makan jelah kat kantin bawah..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapaknya berapa lapis filter tu? Feeling2 jadi boy george kah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 23-8-2024 02:09 PM
Asal content yer dak??
Ank sakit cmtu pn jadik modal.
Ntah la hgpa ni.

Tak sesuai la cakap camni. Tak manis didengar. Kita tak tau masalah dia. Sama kot dgn ustaz2 minta derma guna anak2 yatim, derma utk asnaf2. Doakan dia dimurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I kasihan kat anak tu. Orang dewasa kena kanser suffer apatah lagi anak kecil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.319652 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list