View: 40158|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Air pasang besar berserta hujan lebat punca PD banjir
[Copy link]
|
|
Foto hiasan
TAMPIN: Fenomena air pasang besar berserta hujan lebat selama beberapa jam, dipercayai punca kejadian banjir di kebanyakan kawasan Port Dickson hingga semalam.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata permasalahan itu perlu diberi perhatian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri serta pusat supaya tidak berulang pada masa depan.
"Kita berharap dapat mencari punca sebenar. Ia berlaku di seluruh pantai.
"Kejadian itu bukan disebabkan masalah perparitan. Apabila air tidak boleh keluar ke laut yang lebih tinggi daripada darat, jadi air bertakung.
"Darat rendah menyebabkan air laut masuk dan tidak boleh keluar sehingga berlaku banjir di kawasan rendah ketika air pasang besar yang dijangka selama beberapa hari hingga semalam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-13 bagi Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN), di sini, hari ini.
Terdahulu, pengguna media sosial memuat naik gambar kawasan awam, termasuk kesukaran kenderaan melalui jalan raya yang dinaiki air apabila berlaku hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Port Dickson, Mohd Azri Abu Hassan, memaklumkan bahawa 111 mangsa daripada 37 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air sejak semalam.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, enam mangsa (sebuah keluarga) dipindahkan ke PPS Dewan Bagan Pinang berikutan tanah runtuh selepas hujan lebat di Taman Sri Pinang, awal pagi semalam.
"Seramai 34 orang (10 keluarga) di Linggi pula dipindahkan ke PPS Balai Raya Permatang Pasir secara berperingkat sejak pagi semalam.
"Selain itu, 53 mangsa (13 keluarga) dari Kampung Tanjung Agas dipindahkan ke balai raya kampung itu, malam tadi," katanya.
Seterusnya, beliau berkata, 18 mangsa (13 keluarga) dari Kampung Sungai Raya dipindahkan ke balai raya kampung itu, pagi tadi. – BERNAMA
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|