View: 36953|Reply: 5
|
[Jenayah]
Menembak Punggung Orang Di Restoran
[Copy link]
|
|
Edited by ^CUN_GILA~. at 26-8-2024 12:09 AM
Shah Alam: Polis mengesahkan satu kejadian tembakan dilepaskan di sebuah restoran di BBT One Boulevard, Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Klang dekat sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan di restoran itu, jam 2.55 pagi.
"Hasil siasatan mendapati, kejadian melepaskan tembakan berlaku pada 2.15 pagi di restoran berkenaan.
"Dalam kejadian itu, seorang lelaki dipercayai warga tempatan turun dari kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah individu yang duduk di luar restoran itu sebelum melarikan diri dengan kenderaan sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Cha berkata, siasatan di tempat kejadian menemui lima butir kelongsong peluru, satu anak peluru serta dua kesan tembakan pada kerusi serta dua kesan pada dinding restoran itu.
"Seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun terkena tembakan di bahagian punggung sebelah kiri dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
"Mangsa dalam keadaan stabil," katanya.
Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan membunuh yang memperuntukkan penjara sampai 20 tahun. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 26-8-2024 12:16 AM
malaysia masih aiman
Hidup lagi ke makcik ni?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lucu pula baca tajuk. Seolah2 penembak tu memang berniat nak tembak punggung je. |
|
|
|
|
|
|
|
byk betul news yg menyeramkan.. kena bunuh la, kena kerat la, kena tambak di punggung la |
|
|
|
|
|
|
| |
|