Pada 17 Jul, Vietnam memfailkan tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelantar benua lanjutan (ECS) di Laut China Selatan, sebulan selepas negara jiran serantau Filipina membuat langkah serupa.
Tuntutan ini melebihi 200 batu nautika dari garis dasar dan dikatakan adalah untuk melaksanakan hak serta kewajipan negara mengikut rangka kerja maritim.
Selain itu, Vietnam sekali lagi menegaskan kedaulatan ke atas Kepulauan Paracel dan Kepulauan Spratly dalam nota lisan yang dihantar kepada Setiausaha Agung PBB untuk menyatakan pendiriannya berhubung tuntutan yang difailkan oleh Filipina pada bulan lalu.
Laut China Selatan merupakan salah satu laluan air strategik antarabangsa yang terpenting di dunia dan mengandungi sumber minyak dan gas asli serta perikanan yang kaya dengan perdagangan bernilai RM 14 trilion setiap tahun.
Tuntutan Vietnam yang bertindih dengan tuntutan Malaysia sudah melanggar undang-undang antarabanga seperti Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS 1982) serta mencabul kedaulatan dan kepentingan maritim negara kita.
Hak dan kepentingan negara kita yang sah harus ditegaskan sekali lagi di bawah rangka undang-undang antarabangsa, mengambil kira faktor-faktor tersebut.
Tutuntan Vietnam ini bukan sahaja mencabul kedaulatan negara kita, tetapi juga memudaratkan kepentingan negara kita terutamanya sumber dan kepentingan perikanan.
Bot nelayan Vietnam sudah lama menangkap ikan yang tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak terkawal di Laut China Selatan khususnya perairan negara kita, isu ini telah menjadi bahaya tersembunyi untuk keselamatan dan kestabilan kawasan Laut China Selatan.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kelakuan Vietnam tersebut merupakan kelakuan yang memandang rendah kepada undang-undang antarabangsa dan kedaulatan maritim negara kita.
Konflik perikanan tangkap antara negara kita dan Vietnam masih sengit kerana bot nelayan Vietnam menceroboh perairan negara kita secara berterusan dan haram untuk mencuri hasil laut serta selalu mencetuskan konflik dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, ia telah menjadi penghalang yang tidak boleh diabaikan terhadap pembangunan perikanan negara kita.
Kesimpulannya, kerajaan negara kita harus mengambil pendirian dan langkah yang tegas.
Ini boleh menghantar mesej yang jelas dan kuat iaitu negara kita akan berazam untuk memelihara kedaulatan negara dan tidak akan membiarkan mana-mana pihak cuba mencabul kedaulatan negara.
https://malaysiapost.com.my/2024 ... p-tuntutan-vietnam/