View: 40147|Reply: 10
|
[Jenayah]
"Siapa Bg Dia Kuasa?" - Cuba Menghalang Laluan, Mengangkat Tangan Untuk Memberhentikan Kenderaan!
[Copy link]
|
|
Kadang-kala, kita sebagai pengguna jalan raya terpaksa berdepan dengan situasi di mana laluan dihalang oleh segelintir Marshall ‘sesat’ walaupun tiada sebarang kecemasan atau eskort orang kenamaan negara.
Didakwa dek kerana dibayar upah, Marshall ini sedia menghalang laluan jalan raya demi melancarkan perjalanan individu tertentu. Perbuatan mereka sering menjadi perbincangan hangat di media sosial kerana dianggap menghalang laluan dengan sengaja.
Terbaharu, sebuah akaun X @update1111 telah berkongsi satu video dashcam yang memperlihatkan tindakan berani seorang pemandu yang melanggar arahan marshall tidak bertauliah ketika .
Di dalam video tersebut, pemilik dashacam yang juga pengadu menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi memakai vest hijau, cuba memberhentikan kenderaan pengadu yang mahu membuat pusingan U dengan menghalang laluan sambil mengangkat tangan.
Namun begitu, arahan si marshall itu langsung tidak diendahkan dan pengadu meneruskan saja perjalannya kerana mendakwa lelaki terbabit tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Malah, dia kelihatan sengaja memperlahankan kenderaan untuk melihat ‘orang-orang’ yang dijaga oleh marshall terbabit yang mana rupanya sekumpulan geng motor mewah Harley Davidson sedang berkonvoi memenuhi ruang laluan jalan di situ.
“Siapa bagi dia kuasa nak block?” tulis caption pada ciapan tersebut.
Tindakan pemandu terbabit langsung menerima tepukan gemurah dan disambut dengan pujian daripada netizen di platform X. Ramai yang bersetuju dengan tindakan pengadu yang berpendirian tetap dengan tidak melayan paksaan untuk memberhentikan kereta oleh marshal tidak bertauliah tersebut.
Dalam masa sama, orang ramai turut melontarkan persoalan mengapa terdapat segelintir geng motor atau kereta mewah yang merasa ‘entitled’ untuk mendapat layanan istimewa sehingga menghalang banyak lorong tanpa sebab munasabah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Konvoi rmai2 camni mnyusahkan org lain je. Dahlah suka bawa laju2 |
|
|
|
|
|
|
|
Orang camni patut diikat pastu letak dia dekat konsert green gay biar dia kena toron ramai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Knp moto ysuku kena sita sbb bunyi ekzos bising tp moto ni dikecualikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar anjing sial je marshal2 tak bertauliah ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun kena baru-baru ni, tapi dengan kereta petak vellfire nokharom tu
dengar bunyi siren polis, ingat ke betul dah polis, rupanya vellvire selenger tu pakai siren polis, dengan lampu liplap colour oren |
|
|
|
|
|
|
|
korang gesel je Kasi tertonggeng Geng tongong ni. nanti pandai2 lah dorang kelim Insurans. |
|
|
|
|
|
|
|
Berlagak betul..mcmlah jalan raya bapa korang yg punya .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|