View: 45761|Reply: 13
|
[Jenayah]
Membawa Makanan Luar, Meninggalkan Sampah Atas Meja!
[Copy link]
|
|
Seorang peniaga bengang apabila terdapat pelanggan yang bertindak membawa makanan luar ke premis perniagaannya telah menjadi bualan hangat ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh peniaga terbabit di laman TikToknya, dia tidak berpuas hati selepas melihat pelanggan tersebut tidak membuang sampah makanan dari luar itu setelah selesai menjamah makanan.
“Bukan apa kau tengok, dah la bawa makanan dari luar pastu sampah kerja aku lagi. Pening aku
“Pelanggan ni memang teruk weh, cubalah kau bayangkan,” kata peniaga tersebut.
Netizen nasihat jangan berkira dengan pelanggan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati peniaga tersebut supaya berfikiran positif dan jangan berkira dengan melayani karenah pelanggan.
Ramai takut singgah gerai peniaga tersebut
Dalam pada itu, orang ramai berpendapat tindakan peniaga menularkan video terbabit seakan-akan mahu menutup ‘periuk nasi sendiri’ kerana secara tidak langsung netizentakut untuk membeli makanan di warung tersebut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau SG, nak suggest abg tu sedekah kan sikit lauk nya tu pd customer tu. Mana lah tahu, dgn sedekah customer tu rasa masakan tu, akan beri rezeki lebih lagi. Drpd dia menceceh dlm medsos atau sound direct customer tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pekedai benarkan masuk penyanyi jalanan la jual petai la jual tisu la org buta la myanmar la boleh pulak, pelanggan nak makan dgn aman berkerumun org dia atas minta sedekah taw |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 26-8-2024 08:37 PM
Kalau SG, nak suggest abg tu sedekah kan sikit lauk nya tu pd customer tu. Mana lah tahu, dgn sedeka ...
payah meniaga lagu ni...tu yg kita melingkupnya..asyik nk 'SEDEKAH' jer...... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 26-8-2024 08:55 PM
Patut la pemilik kedai ni kena cerca, rakam tak blur kan muka, ni dah tahap malukan orang, dah la sebelah tu budak bawah umur kot. Jangan sampai budak tu kena perli dengan kawan² kat sekolah sudah. Ko tegur je la, tak boleh? Mengada². Niat maybe nak viralkan kedai? sekali kena cerca. Padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kaedah golongan woke kemaskan meja macam lepas makan kat mekdi dan kepsi tak diamalkan di kedai tomyam? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni asal ada bahan je buat content, kan dah kena cerca. |
|
|
|
|
|
|
|
sib baik aku baca komen kau.. hehe.. malas nk tgk video..
pastu baru ku tgk videonya...
mcm dia dah aim orang tu selalu buat camtu. tu pasal dr kt motor lagi dia dah amik video..
lenkali.. blurkan la muka orang2 tu.. adoila..
tapi common sense la jugak customer wei... kau bawak makanan dr luar.. itu sampah kau buang kt luar la..
aku sedang mendidik diri dan keluarga amalkan mcm ni setiap kali makan kt kedai.
sementelah kami pengunjung setia kedai2 berdekatan rumah..
memang amalkan lepas makan.. susun pinggan helok2.. sisa makanan asing 1 bekas..
kadang bawak jugak makanan luar klau takat kedai2 mamak takde protokol no outside food allowed tu..
tapi make sure bekas2 makanan bungkus tu aku bawak buang kt luar.
memang hina la kalau biar selonggok mcm tu je atas meja.
imagine la.. masuk kedai bawak nasi2 tapau. sampai kedai kau order air aje.. lain2 makanan bungkus dr tempat lain..
anginla owner kedai.. pastu sedap sampah plastik bungkus kau biar atas meja. agak2 la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 26-8-2024 08:48 PM
payah meniaga lagu ni...tu yg kita melingkupnya..asyik nk 'SEDEKAH' jer......
Hahahahah… maksud SG tester. Jgn le bagi seperiuk. Setakat sepiring kecil tu ok lah. Lepas seminggu dua kalau x reti bahasa juga baru lah sound setepek. Xpon up la notis no outside food allowed… gittcchewwww |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa saya ras amacam KONTEN jer
tak nampak real |
|
|
|
|
|
|
| |
|