View: 21203|Reply: 15
|
Ceroboh ruang udara, Jepun gerakkan pesawat tempur hadapi pesawat perisikan China
[Copy link]
|
|
TOKYO: Kementerian Pertahanan Jepun memaklumkan pihaknya telah menggerakkan pesawat tempur untuk menghadapi sebuah pesawat perisikan China yang telah menceroboh ruang udaranya selama beberapa minit, hari ini.
Kementerian berkenaan berkata, ini adalah kali pertama pesawat tentera China menceroboh ruang udara Jepun, dan kerajaan sudah mengemukakan bantahan tegas kepada Beijing melalui saluran diplomatik.
Pesawat itu dikenalpasti sebagai pesawat perisikan Y-9 yang terbang di atas Kepulauan Danjo ke barat pulau selatan Kyushu antara sekitar pukul 11:29 pagi dan 11:31 pagi.
Setakat ini, tiada sebarang komen daripada pihak berkuasa China berhubung insiden itu.
Media tempatan termasuk NHK melaporkan insiden itu adalah pencerobohan yang pertama oleh pesawat tentera China di ruang udara Jepun.
Kementerian berkata tindakan di ambil Angkatan Pertahanan Diri (SDF) termasuk memerikan amaran kepada pesawat berkenaan namun tidak menggunakan sebarang senjata termasuk suar sebagai bentu amaran.
Mengulas lanjut, timbalan Menteri Luar, Masataka Okano memanggil pemangku Duta China ke Jepun, lewat petang hari ini dan mengemukakan "bantahan keras" kepada pegawai itu.
"...juga menggesa agar langkah diambil untuk mencegah daripada berulangnya kejadian itu, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.
Sebagai reaksi, Diplomat China itu menyatakan beliau akan melaporkan perakra itu kepada Beijing,
Sebelum ini, kapal Jepun dan China terbabit dalam insiden tegang di kawasan yang dipertikaikan, terutamanya di kepulauan Senkaku di Laut China Timur, yang dikenali oleh Beijing sebagai Diaoyus.
Rangkaian kepulauan terpencil ini telah mencetuskan ketegangan diplomatik dan menjadi lokasi konfrontasi antara kapal pengawal pantai Jepun dan bot-bot nelayan China.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Beijing semakin tegas mengenai tuntutannya terhadap kepulauan itu dengan Tokyo melaporkan kehadiran kapal-kapal pengawal pantai China, kapal laut, dan bahkan kapal selam berkuasa nuklear.
Pada masa lalu, dua pesawat bukan tentera dari China - sebuah pesawat kipas dan sebuah dron kecil - telah disahkan menceroboh ruang udara Jepun berhampiran kepulauan Senkaku pada tahun 2012 dan 2017, menurut NHK.
Beijing menuntut Laut China Selatan - yang menjadi laluan perdagangan bernilai bertrilion dolar setiap tahun - hampir keseluruhannya walaupun mahkamah antarabangsa telah memutuskan bahawa tuntutannya tidak mempunyai asas undang-undang.
Kepulauan Danjo adalah kumpulan pulau kecil yang terletak di Laut China Timur, di luar kawasan Nagasaki selatan Jepun.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jepun telah memperkukuh hubungan keselamatan dengan Amerika Syarikat untuk menentang ketegasan China yang semakin meningkat di rantau ini, meningkatkan perbelanjaan pertahanan, dan bergerak untuk memperoleh keupayaan "serangan balas".
Pada masa yang sama, Jepun telah memperkukuh hubungan ketenteraan dengan Filipina, yang juga terlibat dalam ketegangan wilayah baru-baru ini, serta Korea Selatan.
Sumber : KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
China ni sengaja nak cari pasal ke? |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 27-8-2024 12:58 PM
China ni sengaja nak cari pasal ke?
dimana2 pelusuk dunia depa ni wujud mesti jer ada isu. |
|
|
|
|
|
|
|
itu sebab alat-alat jatuh hukum dinasti china yang lama2 kejam gila.
|
|
|
|
|
|
|
|
Haritu yang jet China masuk ceroboh udara malaysia dah ada apa2 tindakan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Chinatown di mana mana...
So dia nak singgah le tu |
|
|
|
|
|
|
|
china dan amurika celaka ni mmg suka provok kannn |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu akak teringin sangat nak tengok amerika musnahkan china sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa china ni, buat masa sekarang tak nak berperang, hanya gertak... china saja nak ancam dia boleh serang jepun, tetapi apa tujuannya tak tau... barangkali china nak bagi tau, konflik laut china selatan tu jepun jangan kacau, kalu tak aku boleh serang bila-bila masa.. tp itu cuma salah satu spekuan lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by plywood at 27-8-2024 09:44 PM
A Chinese military aircraft that briefly violated the airspace of neighboring Japan this week may have done so unintentionally, an official in Beijing suggested on Tuesday.
Lin Jian, a spokesperson for the Chinese Foreign Ministry, told a regular press conference that both governments remained in contact through existing channels to discuss the event Tokyo had earlier described as "[color=var(--accent-foreground-rest)]extremely regrettable."
"[color=var(--accent-foreground-rest)] China has no intention of intruding into the airspace of any country," Lin said, without elaborating.On Monday, Japan's Air Self-Defense Force jets scrambled from western air bases to intercept a Chinese air force Y-9 reconnaissance aircraft approaching from the [color=var(--accent-foreground-rest)] East China Sea, the Japanese Defense Ministry said.
The Y-9, equipped to gather electronic intelligence on foreign military hardware, spent two minutes inside [color=var(--accent-foreground-rest)] Japan's territorial airspace off the uninhabited Danjo Islands, part of Nagasaki prefecture, the ministry said.
It was the first time on record a Chinese military plane had breached Japanese airspace, although crewed and uncrewed Chinese government aircraft had done so in 2012 and 2017, respectively, including at the [color=var(--accent-foreground-rest)] contested Senkaku islets, the statement said. |
|
|
|
|
|
|
|
Zionis asia? Semua dia nak claim
|
|
|
|
|
|
|
|
dengan U.S ..china hantar belon panas. dengan Japan ...china hantar perisik jet masuk.
saja nak tengok airbase mana yang berfungsi. senang nak tembak nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan terkejut kalau i cakap Jepun & China akan bergabung.
Jepun sekarang hidung kena ikat dengan Amerika.
semua bende kena izin amerika. padahal dengan korea selatan .
amerika bukan main baik lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 27-8-2024 10:54 PM
Jangan terkejut kalau i cakap Jepun & China akan bergabung.
Jepun sekarang hidung kena ikat denga ...
Eloklah ikat sissy. Tak ikat kang depa mai datang naik basikal lagi jajah tanah malaya sissy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|