CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10098|Reply: 0

[Sarawak] Disyaki seleweng diesel bersubsidi, pengusaha stesen minyak direman

[Copy link]
Post time 27-8-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode


Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Sibu bagi permohonan tahanan reman hari ini.

SIBU: Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap dua beradik yang merupakan pengusaha stesen minyak di sini kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan diesel bersubsidi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, Majistret Romaroi Jonoi membenarkan reman selama empat hari terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an manakala adik perempuannya yang berusia kira-kira 30-an direman satu hari sehingga esok.

Permohonan reman tersebut dilakukan oleh SPRM di Mahkamah Majistret Sibu bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan dalam satu operasi khas dinamakan Ops Liter yang dijalankan di sebuah depoh simpanan minyak diesel, Sungai Bidut di sini.
Operasi tersebut berjaya merampas dua tongkang, 30 tangki minyak dan sejumlah besar wang tunai.

Menurut sumber, sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak 2012 dan berjaya mengaut keuntungan sehingga RM400 juta menerusi penjualan diesel bersubsidi secara haram.

Tangkapan ini dilakukan berikutan dakwaan sindiket terbabit turut terlibat dalam merasuah pegawai penguat kuasa bagi mengelak tindakan undang-undang.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan merasuah serta beberapa seksyen dalam kanun keseksaan lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040232 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list