CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13436|Reply: 0

[Sarawak] Premier yakin kos keluar hidrogen lebih murah pada masa akan datang

[Copy link]
Post time 27-8-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (dua kanan) bertukar pandangan dengan pegawai-pegawai atasan Standard Chartered Bank Malaysia. Turut kelihatan Yvonne Chia (kanan). - Gambar Pejabat Premier Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin kos mengeluarkan hidrogen akan lebih murah pada masa akan datang apabila penyelidikan berkaitan yang dilakukan selesai.

Beliau berkata dengan penurunan kos pengeluaran hidrogen, ia akan menjadi sumber tenaga yang berdaya maju dalam masa terdekat.

"Saya percaya kos (pengeluaran hidrogen) akan terus turun, seperti berlaku kepada (produk) komputer. Ini gambaran sama yang menyaksikan bagaimana teknologi menjadikan komputer lebih mampu milik dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Standard Chartered Cawangan Kuching di sebuah hotel di sini, semalam.
Ucapan beliau dimuat naik dalam satu hantaran di Facebook rasminya 'Sarawakku'.

Menurut Abang Johari lagi, melihat ke hadapan Sarawak menyasar mengeluarkan 240,000 tan metrik hidrogen setiap tahun menjelang 2027 dan negara Jepun serta Korea Selatan dikenal pasti sebagai pasaran awal.

Sarawak ujarnya akan menjadi hab (pengeluaran hidrogen) bagi wilayah ini, satu peluang untuk memperoleh aliran pendapatan tambahan buat negeri ini.

Beliau menekankan sumber air Sarawak yang banyak seperti sungai, hujan dan empangan, merupakan asas  utama menghasilkan tenaga bersih, khususnya hidrogen.

"Air ialah H2O iaitu hidrogen dan oksigen. Para saintis mengatakan tenaga paling bersih ialah hidrogen," katanya.

Mengimbau detik bermulanya usaha beliau mahu meneroka pengeluaran hidrogen, Abang Johari berkata semuanya bermula daripada lawatan kerjanya ke Jerman ketika masih menjadi Timbalan Ketua Menteri.

Di sana katanya, beliau terlibat dengan Linde, peneraju global dalam pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran hydrogen.

"Saya memberitahu mereka, suatu hari nanti kenderaan kita akan dijana oleh air," katanya sambil menambah pada mula, idea itu disambut dengan keraguan tetapi perkembangan semasa membuktikan beliau betul.

Bermula dari itu Sarawak telah menubuhkan kilang pengeluaran hidrogen kecil di Kuching, walaupun beliau sendiri mengakui kos berkaitan pengeluaran hidrogen adalah tinggi.

Abang Johari kemudiannya  berkata kerjasama yang berjaya dengan Petronas, mengeluarkan tenaga diperlukan daripada 60 kilowatt sejam kepada 30 kilowatt sejam bagi setiap satu kilogram hidrogen dihasilkan, impak daripada kemajuan teknologi membran.

Penambahbaikan selanjutnya telah menurunkan ini kepada 28 kilowatt sejam, tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari menekankan walaupun dunia menghadapi isu penting seperti perubahan iklim dan sekuriti makanan, Sarawak berada pada kedudukan unik kerana menjadikan cabaran itu faedah melalui pelaburan strategik.

"Apabila bercakap mengenai pelaburan Sarawak, saya rasa ada peluang. Anda perlu melihat keadaan pada masa itu.

"Walaupun masalah wujud, ini juga boleh memberikan peluang jika pendekatan memandang jauh ke hadapan diambil," katanya.

Menangani isu perubahan iklim yang mendesak, Abang Johari mendapati kesedaran global telah kembali kepada Protokol Kyoto 1997 dan Perjanjian Paris 2015.

"Terdapat dua aliran pemikiran—ada yang percaya ia tidak akan berlaku manakala yang lain terutama NGO (pertubuhan bukan kerajaan) memberi amaran bahawa ia boleh berlaku," katanya.

Abang Johari menegaskan implikasi teruk bakal berlaku jika suhu global meningkat 1.5 darjah di atas paras praindustri, ia boleh mengancam keselamatan makanan, kelangsungan hidup manusia dan meningkatkan ketidakpastian kejadian masa depan.

"Melihat Sarawak, kita tidak berada dalam keadaan yang teruk. Suhu kita kekal stabil dan kita mempunyai hujan hampir sepanjang tahun," kata Abang Johari.

Hadir sama Pengerusi Standard Chartered Bank Malaysia Datuk Yvonne Chia, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Mak Joon Nien dan ahli-ahli Lembaga Pengarah Standard Chartered Malaysia dan Standard Chartered Saadiq Malaysia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.110967 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list