CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14175|Reply: 0

[Sarawak] Kibar bendera untuk semarakkan semangat 'segulai sejalai'

[Copy link]
Post time 27-8-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode


(Dari empat kanan) Pang dan Helmy serta Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) Matshalleh Mohamad Etli (tiga kanan), Ketua Perkhidmatan Korporat BPHB Maslihah Tioh serta tetamu lain bersama para peserta KMJG 2024 mengibarkan Jalur Gemilang hari ini.

BINTULU: Rakyat di negara ini perlu berganding bahu, bersatu hati, 'segulai sejalai' sebagai tanda kesepaduan dan cinta negara dengan menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos hingga Hari Malaysia 16 September, kata Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Helmy Hamid.

Helmy yang juga Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Sarawak 2024 berkata, kibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sekurang-kurangnya satu rumah satu Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini.

Katanya, kibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, pejabat, kampung, rumah panjang, sekolah, hospital, klinik, masjid, kuil, gereja, tokong, dewan, pasar raya, gerai, kedai runcit, warung, kenderaan dan di mana yang sewajarnya dengan penuh rasa cinta dan bangga.

"Sebagai sebuah negara merdeka, Jalur Gemilang merupakan identiti negara dan simbol kedaulatan yang menjadi kebanggaan kita," ujarnya pada Program Fun Ride dan Pelepasan Konvoi KMJG 2024 Peringkat Bintulu di Pantai Tanjung Batu dan ke Transit Shed 2 Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) hari ini.

Tambahnya, kita perlu memiliki kesedaran untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai teladan kepada generasi muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan pada masa akan datang.

"Pengorbanan pejuang terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan membawa seribu pengertian yang harus direnung, dihayati, dijaga dan diwarisi," jelasnya.

Beliau berkata, kekalkan kemerdekaan ini dan bebaslah dengan penuh syukur atas kelahiran sebuah negara bangsa yang indah, unik dan harmoni sambil mengingati sejarah pengorbanan serta perjuangan perwira-perwira negara dalam mendaulatkan negara.

Justeru katanya, KMJG merupakan aktiviti utama yang membawa mesej kenegaraan dengan simbolik penyerahan Jalur Gemilang di setiap lokasi persinggahan.

Ujarnya, setiap daerah akan menampilkan kreativiti aktiviti masing-masing bagi mempromosi dan memeriahkan suasana sambutan bertemakan 'Malaysia Madani: Jiwa Merdeka' sekali gus memperkukuh identiti kebangsaan, menghargai dan meraikan kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang unik di negara ini.

Sejumlah 25 kenderaan Komuniti MADANI, tiga kenderaan BPHB dan 100 peserta berbasikal dengan keseluruhannya 184 peserta telah menyertai program Fun Ride KMJG 2024 di sini yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057644 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list