KUCHING: Kakak kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Dayang Meliah Abang Openg meninggal dunia pada jam 1.50 pagi tadi.
Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melaporkan bahawa Dayang Meliah, 89 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini.
Jenazah Allahyarhamah kini ditempatkan di kediaman keluarganya di Jalan Muhibbah dekat sini bagi penghormatan terakhir bersama ahli keluarga terdekat.
Upacara pengembumian dijangka diadakan di Tanah Perkuburan Islam Semariang hari ini juga.
Allahyarhamah merupakan anak ketiga daripada 10 adik beradik.
|