CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32773|Reply: 0

[Sarawak] Pendaki ekspedisi ‘Klimb Pinnacles to Kinabalu’ berjaya takluk Mulu Pinnacles

[Copy link]
Post time 27-8-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode


Pendaki ekspedisi ‘Klimb Pinnacles to Kinabalu’ merakam gambar bersama selepas berjaya menakluki Mulu Pinnacles.

KUCHING: Pendaki ekspedisi ‘Klimb Pinnacles to Kinabalu’ telah berjaya menamatkan fasa pertama perjalanan penuh inspirasi mereka untuk menakluki Mulu Pinnacles pada 17 Ogos lalu.

Menurut satu kenyataan, pendakian ke Mulu Pinnacles amat mencabar keupayaan fizikal dan mental para pendaki.

Mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang mencabar, termasuk batu-batu tajam, tanah curam, akar pokok yang berliku dan cuaca hujan. Namun berkat keazaman yang tinggi mereka akhirnya berjaya.

"Menjangkau hampir 2.4 kilometer, pendakian tersebut mengambil masa kira-kira empat jam manakala perjalanan turun yang lebih mencabar mengambil masa enam jam.

"Para pendaki menggunakan pelbagai teknik untuk menelusuri trek pendakian. Meskipun getir, 11 daripada 19 pendaki berjaya sampai ke puncak," katanya.

Seorang pesakit kanser, Amir Nur Azizi berkongsi pengalamannya semasa pendakian yang mana hati perlu cekal serta penuh bersemangat untuk sampai ke puncak demi mengutip dana bagi pesakit kanser.

"Saya sendiri seorang pesakit kanser, amat berbangga kerana dapat mendaki untuk sebuah misi yang bermakna dan membuktikan segalanya boleh diatasi dengan semangat dan keazaman yang kuat," katanya.

Setakat hari ini, ekspedisi tersebut berjaya mengumpul RM25,000, hampir kepada sasaran mereka iaitu RM50,000.

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyediakan bantuan kewangan dan perkhidmatan sokongan penting kepada pesakit kanser yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Para pendaki kini memberi tumpuan kepada fasa kedua ekspedisi mereka iaitu pendakian Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara yang dijadualkan pada 1 Oktober 2024.

"Kami berazam untuk menakluk Gunung Kinabalu demi memberi impak dalam usaha memerangi kanser.

"Kami berharap perjalanan kami akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyokong usaha murni ini dan membantu kami melakukan perubahan dalam kehidupan mereka yang sedang melawan kanser," kata Presiden Sukarelawan Jalanan Sarawak Suraina Adenan.

Orang ramai digalakkan untuk terus menyokong usaha ini dengan menderma kepada kempen ‘Klimb Pinnacles to Kinabalu’ di https://www.billplz.com/kptk2024 .

Setiap sumbangan, besar atau kecil akan membawa harapan kepada mereka yang memerlukan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.951353 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list