CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8589|Reply: 0

[Sarawak] Paras air di kawasan rendah sekitar Sibu naik sedikit susulan hujan

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:40 PM | Show all posts |Read mode


Kawasan di Rumah Suri, Sungai Naman dinaiki air banjir ekoran cuaca hujan pada Rabu.

SIBU: Paras air di kawasan rendah sekitar daerah ini naik sedikit berikutan cuaca hujan semalaman.

Walaupun tiada laporan banjir diterima setakat ini, pihak berkuasa tetap bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie mengesahkan bahawa pihaknya sedang memantau keadaan cuaca dengan teliti.

Beliau memaklumkan bahawa pertembungan antara hujan berterusan dan air pasang tinggi baru-baru ini telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan dan sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada mereka dalam menguruskan bencana.

"Namun kami sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan jika diperlukan.

“Ketua atau pemimpin masyarakat di kawasan berisiko tinggi banjir diharap dapat sentiasa berwaspada dan segera menghubungi kami jika memerlukan bantuan," katanya ketika dihubungi.

Selain memantau secara dekat situasi di sekitar Kampung Sentosa dan Kampung Jeriah yang merupakan antara kawasan yang mudah dinaiki air apabila cuaca hujan berpanjangan, beberapa tempat di Selangau turut diberikan perhatian rapi.

Beliau menekankan bahawa JBPM Zon Sibu telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan keselamatan penduduk dengan memantau paras air dan keadaan cuaca secara berterusan.

Ini termasuk memberikan maklumat terkini dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi dan membantu orang ramai sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.

Andy juga menasihatkan penduduk di kawasan berisiko untuk memantau perkembangan cuaca dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Tegasnya, kerjasama daripada semua pihak sangat penting untuk memastikan bantuan dapat diberikan dengan efektif dan pantas, sekaligus mengurangkan risiko kerosakan dan kesan negatif yang mungkin timbul akibat kekurangan koordinasi dan bantuan yang lambat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.046459 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list