CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30722|Reply: 4

Tanah jerlus Masjid India: Belum masanya warta zon tidak selamat

[Copy link]
Post time 29-8-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode





KOTA BHARU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa belum tiba masanya untuk mewartakan kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat.


Menurutnya, setakat ini, polis mengarahkan laluan sepanjang 1.4 meter di Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut yang terlibat dengan tanah jerlus ditutup susulan terdapat mendapan baharu dikesan di kawasan berkenaan.


Beliau berkata, penutupan jalan itu melibatkan laluan yang mempunyai lima pembetung dan arahan mengenai perkara tersebut sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Negeri.


“Belum masanya untuk wartakan sebagai zon tidak selamat. Kita perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mengisytiharkannya sebagai bencana.


“Ini bukan bencana, tetapi tindakan polis termasuk bomba dan agensi berkaitan seolah-olah seperti bencana. Kita sudah buka Pusat Kawalan Operasi Bersepadu di situ,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Razarudin memberitahu, polis hanya mengeluarkan arahan penutupan laluan itu sahaja (Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut) dan ia tidak melibatkan kawasan lain.


Menurutnya, perniaga di kawasan itu tidak ditutup, malah urus niaga masih berjalan seperti biasa.


“Laluan ke pembetung yang terlibat dalam kejadian itu dianggarkan 50 hingga 70 meter sahaja. Kawasan yang ditutup itu tidak melibatkan laluan kenderaan. Jadi, saya tidak mahu menyentuh panjang perkara tersebut kerana ia melibatkan soal teknikal,” ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
aku saja je komen ni.nak kumpul kekacang
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:56 AM | Show all posts
escalator lrt ampang park semakin slow. akak panjat kinabalu lagi laju rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I kerja area tu. Everytime nak keluar lunch seram sejuk gak. Dah area tu byk jalan berlubang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
BiniBoy replied at 1-9-2024 10:58 PM
I kerja area tu. Everytime nak keluar lunch seram sejuk gak. Dah area tu byk jalan berlubang.

So since insiden lubang benam tu, nasi lemak burung hantu kt semua house tu masih pjg lagi ke que nya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041003 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list