Duta AS: Adakah keadaan di Gaza bertambah baik disebabkan boikot?
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Aug 30, 2024 10:00 AM
Di tengah-tengah kempen boikot di seluruh dunia terhadap syarikat yang dianggap menyokong Israel, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan mempersoalkan "kesan praktikal" gerakan sedemikian, khususnya yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.
"Adakah sesiapa fikir boikot ini telah membawa sebarang penambahbaikan kepada keadaan di Gaza? Jika ada yang ingin mengemukakan hujah tersebut, saya terbuka untuk mendengarnya," katanya dalam satu wawancara selepas melawat pejabat Malaysiakini.
Bagaimanapun, Kagan mengulangi sokongan AS terhadap protes dan tindakan boikot secara aman.
“Kami percaya pada protes aman. Itu boleh diterima dan kami menyokongnya. Kami menyedari orang ramai mempunyai pandangan yang kuat, jadi teruskanlah.
“Bagi boikot, saya tidak mempersoalkan hak untuk memboikot. Tetapi saya mempersoalkan satu tahap pemilihan tertentu.
“Saya juga mempersoalkan hakikat bahawa kesan praktikal boikot ini agak terhad dan sering kali lebih memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Kagan, yang memegang jawatan duta pada April semasa sidang medianya yang pertama berkata boikot seumpama itu akhirnya hanya akan merugikan pekerja Malaysia yang diambil bekerja oleh syarikat yang disasarkan.
Sejak serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, antara jenama yang dikaitkan dengan AS dan menjadi sasaran boikot termasuk McDonald's dan Starbucks, yang mempunyai cawangan yang menggaji ribuan pekerja di seluruh Malaysia.
Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia) juga memperluas "sasaran boikot" mereka sebagai sokongan kepada Palestin.
BDS turut menggesa Marvel Studios dan syarikat induknya Walt Disney Studios mengeluarkan watak Ruth Bat-Seraph daripada filem "Captain America: Brave New World".
Watak tersebut, yang dikenali dengan nama alter egonya Sabra, digambarkan dalam komik itu sebagai seorang ejen Mossad, organisasi perisikan Israel, serta seorang pegawai polis di Tel Aviv.
Kagan memberitahu Malaysiakini bahawa pendiriannya tidak berubah sejak sidang media terakhirnya, baik dari segi menghormati hak untuk mengadakan protes aman mahupun kesan boikot tersebut terhadap syarikat yang berkaitan dengan AS.
"Sudah tentu kami tidak menyukainya. Kami lebih suka untuk tidak melihatnya.
“Tetapi nampaknya keberkesanan tindakan ini diragui... Saya fikir secara praktikalnya, pada pandangan saya, boikot (sekarang) lebih cenderung menjadi simbolik dan tindakan simbolik sebegini lebih banyak memberikan kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Post time 30-8-2024 03:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Dwdrum at 29-8-2024 11:48 PM
Bukan kagan yang tanya... Reporter yang bertanya kepada heshe during roundtable meeting dengan malaysia reporter...heshe jawab tidak effect US companies and us economy... Hehse tolong backup mcd... Kfc and starbuck di mana owned oleh saudis and malaysian....
Ustaz and ustazah memang ber dahwah tidak ajar untuk ada intergrity ka?.... Mahu twist news untuk israel zionist yang jauh ok lagi... Twist statement embassador harap masih ada sinar trust kepada muslim tentang palestine issue
Post time 2-9-2024 07:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Dwdrum at 1-9-2024 04:08 PM
Akan effect US economy dari tax collection untuk hantar weapon ke israel... Most us income bukan dari mcd.. Kfc and starbucks saja... % kecil saja sampai ke US boycotte hanya target brand saja.. Sector lain contribute tax lebih banyak... Seperti tech and financial.. Banking etc giants sector..
I guess boycotte rally still on and on... Food business ini common lah if local boleh naik... Ummah suka eat.. Eat and eat gemok same seperti north amerika fat nation...mahu boycotte.. Lawan economy masih fikir makan 24/7....
Bagaimana ummah faham aku tidak tahu laaaa...
Post time 2-9-2024 08:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iolss boikot sbuck,KFC,McD sblm perang terbaru ni lg...bukan sbb pe rege mahaii tp x Kene tekak...buger McD x best kecuali prosperity buger...iolss suka double cheeze buger A&W.. ayam goreng pulak dr KFC baik Marrybrown beso2.. service pun bgs n dekat je Gan rumah..lintas jalan 3 minit dah sampai..KFC penH bl last sekali bulan September 2023 ampeh mahaii je lebih ayam beso ayam puyuh..x berasa ayam..kosong..dgn itu ini dlm set x de...harga sama mcm ade..ms Oder ckp semua ade...nk dpt itu ini x de...jd sbb semua rege lebih kurang..baik ambik yg ade semua.. sape suruh x jaga service
Post time 2-9-2024 08:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
apa yg iolss paham, bila dh boikot semua sykt yg menyokong israel, adakah keadaan di Gaza, Palestin berubah menjadi baik?? kira perang dah stop ke sebab boikot..
Post time 2-9-2024 08:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Dwdrum at 1-9-2024 04:36 PM
ina_na replied at 1-9-2024 04:00 PM
Iolss boikot sbuck,KFC,McD sblm perang terbaru ni lg...bukan sbb pe rege mahaii tp x Kene tekak...bu ...
Uols ada size portion issue dengan muslim capitalist majority muslim shared holder muslim sendiri kecuali starbucks... Kfc and mcd di US portion besar... Aku percaya kuat complain size ini depa hanya buat comparison EU and UK size... American muslim aku rasa tidak review sebab non halal concern... Kfc hanya selected franchise saja owned oleh muslim and halal... Yahoodi pun tidak review sebab bukan kosher.. Apalagi boycotte us market... Food chain restaurant yang muslim already avoid... Yang teruk starbuck saja